Thursday, February 11, 2010

Kuih Rengas aka Kuih Kacang Hijau

Masa kecik2 dulu, dyg teramat2lah meminati kuih rengas ni. Masa tu tak tau nak sebut kuih apa, dyg panggil kuih kacang hijau je lah. Memang kuih kacang hijau pun kalau gelaran kat Swrk nun. Ada gak org panggil kuih kasturi, betul kan??..Apa2pun kuih tetap kuih yg sama dan sgt sedap.

Mak selalu buat, besar2 pulak tu. Memang sedap lebih2 lagi time panas2...rangup jer rasa tepungnya....kalau dah sejuk pun tetap garing dan tak liat. Tak pastilah pulak tepung apa yg mak campurkan selain tepung beras dan tepung jagung sb malas nak bertanya....hehe. Time tu malas nak buat. Tapi sejak merantau ni, apa shj makanan yg disukai kenalah belajar buat sendiri termasuklah kuih rengas. Sekali sekala buat sendiri, mmg tak rugi.

Sekarang ni pun, dyg masih peminat setia kuih rengas. Kalau jumpa jer kat mana2, dyg pasti akan membelinya walaupun family tak berapa minat sgt dgn kuih ni. Hubby pun ikut mood gak tu. 

Memandangkan kacang hijau ada tinggal sedikit jer lagi, dyg buatlah utk hidangan diri sendiri. Lega rasanya, tak payah nak berebut2....hehe.

Resepinya lebih kurang sama gak dgn resepi2 kuih rengas yang ada kat Malaysia ni. Lagipun, resepi main agak2 tangan ni ikut selera anak tekak sendiri. Kalau kita kata sedap, tak semestinya orang  lain pun kata sedap gak melainkan sama citarasa. Selera masing-masing kan....hehe.

Bahan-bahan :
  • tepung beras
  • sedikit tepung jagung
  • sedikit garam
  • air secukupnya
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit air kapur (tak suka letak)
  • kacang hijau
  • gula secukupnya
  • kelapa parut putih (kadang2 tak letak pun)

6 comments:

Hezrin Ahmad said...

Rin pun suka kuih ni...kami panggil kuih kasturi... tp suka wat nipis2... garing n rangup..hehe

dayang_jack said...

wat nipis2 tu mmg garing dan sedap...hehe. thanks 4 the comment... :D

Eliza said...

salam dayang. akak pun suka dgn kuih rengas ni tapi anak2 tak suka pulak. bila sejuk kulitnya keras sikitkan.

Mat Gebu said...

Aiseyy men, feberet saya juga ni, kami kat Johor panggil kuih kasturi...

dayang_jack said...

>>Kak Eliza : w'salam...samalah kte kak...kalo x nak bg kulit kuih rengas ni keras, tak payah guna tepung jagung tp kalo nak add gak guna 1 sk jer...selebihnya, tepung beras. hehe. Kadang2 dyg guna tepung beras jer pun dh cukup.

dayang_jack said...

>>Mat Gebu : tang mana lak kasturinya yer Mat??..kalo ade story n history, leh share ngan kte....;)