Thursday, February 04, 2010

Bendi Tumis Udang Kering


 
Salam.... hari ni masak lauk biasa dan ringkas jer....masak ikan dan tumis sayur tauhu tauge sikit utk anak2. Manakala utk diri sendiri pulak masak bendi dan sambal ikan bilis garing. Tapi sebelum tu nak cerita sikit pasal bendi tumis ni. Sebenarnya, bendi ni lebihan utk buat asam pedas hari tu. Biasa beli kat pasar, boleh pilih dan timbang. Tapi yang ni beli kat pasaraya jer. Dah siap buh dalam peket. Jadi, tak dapatlah nak pilih2 kan. Segar memanglah segar. Cantik bersih lagi tu....tp keras dan liatnyaaaa....alahai....pendek katalah, kalau rabbit gigit pun tak putus tau....mmg tipah tertipulah!!....

Tapi tak semua bendi tu liat dan keras. Ada gak yang lembut. Frust tetap frust...tapi nak buat mcm mana kan...tu lah risikonya beli bendi yang dah siap bungkus....dahlah kita ni peminat setia bendi., macam mana tak frust...tapi tak mengapalah...tak masuk dalam tong sampah pun....sebaliknya, dyg rebuskan dulu bendi ni dgn air bergaram. Lepas tu tutupkan api. Biarkan ia berendam dulu dalam periuk tu. Kemudian, tuskan dan lapkan kering2. Lepas tu barulah dipotong mcm biasa. Ia akan jadi lembut baliklah lepas tu. Tumis bahan-bahan, then masukkan bendi, gaul2kan 10 saat dan tutupkan api. Dah siap. Bolehlah makan atau ratah cam tu jer....sedaaapppp!!!



Bahan-bahan :
  • 7-8 batang kacang bendi (dicuci dgn air bergaram, dilapkan kering, kemudian dipotong menyerong)
  • 1 sudu besar udang kering*
  • 1 biji cili merah*
  • 2 biji bawang merah (dihiris) *
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1-2 sudu besar kicap manis
 Cara-cara :
  1. Tumbuk kasar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan lebih kurang 2 sudu makan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan2 tumbuk tadi hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau rata-rata.
  4. Masukkan bendi dan gaulkan sehingga masak.

2 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Dayang...

Saya pun peminat bendi, biasa kalau bendi keras selalu buang cam gitu jeee...Thanks tuk info ni..lepas ni boleh praktice n bendi kita tak membazir lagiii

dayang_jack said...

w'salam...bendi yg akak beli tu byk keras dp yg lembut...sayang nk buang...sb tu ler akak buat cara gitu...Alhamdulillah...lembik gak bendi tu...hehe....