Thursday, January 07, 2010

Roti + Hawflake


Salam....

Semalam meroti lagi. Hari ni pun lagi2 meroti. Sebab apa?? Sebab tak lama lagi tepung rotiku nak menapause. Memandangkan semua bahannya ada, on jerlah projek meroti biarpun frust sikit pasal yis yg baru dibeli 2-3 hari lepas tak berapa nak aktif...sedih mmg sedih tapi Alhamdulillah...time nak bakar naik juga rotiku ituu...mmg saspen!..huhu. Dyg biasa beli yis mauripan jer. Tapi masa kat Giant hari tu, yis mauripan dah habis stok pulak. Frust betul. Maka, dyg beli jerlah yis yg ada kat situ. Tapi tu lah, kurang berpuas hati.



Apa2pun, roti dah menjadi. Lembut, gebu, sedap dan ada 3 rasa. Masin, manis dan masam pasal ada sedikit hawflake kat celah2 roti tu....hehe. Resepi roti ni pun ikut versi sendiri  setelah mengkaji byk resepi roti kat internet dan majalah. Adjust sana adjust sini...lama2 jadilah resepi yg mengikut piawaian sendiri...pendek kata, betul2 menepati citarasa sendiri.



Terhangus sikit kat tepi2 roti ni sb suhu oven terlebih panas. Tapi Alhamdulillah, isinya tak hangus...hehe.




Layan jelah apa yang ada ni yer. Elok sangatlah buat minum petang!

update :

Resepi Roti + Hawflake

Bahan-bahan :
  • 250 g tepung roti
  • 50 g tepung gandum
  • 1 1/2 sk yis
  • 100 ml air suam + 90 ml susu segar
  • 1 1/2 sk garam
  • 2 1/2 sb gula halus
  • 1 1/2 sb butter
  • 1 sk shortening
  • 2 sb susu tepung
  • kepingan asam manis (hawflake) secukupnya
Cara-cara :
  1. Uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh yg elastik. 
  2. Masukkan doh dalam beg plastik  dan ramas2 selama 5 minit. Kemudian perapkan doh selama 1 jam. Keluarkan doh dan tumbuk2 sedikit utk mengeluarkan angin. Uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian. Canaikan doh dan letak kepingan asam manis di atasnya kemudian gulung hingga kemas. Masukkan ke dalam tin loaf (dayang guna sandwich loaf berukuran  8" x 4.5" x 4.5" utk satu doh penuh ini)
  3. Biarkan doh naik 2 kali ganda dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sapukan roti dgn mentega/marjerin jika suka.

4 comments:

It's My Life....full of joys and loves said...

salam...kak dayang.....

boleh minta resepi roti nie tak...ajue try buat roti putih nie...hasilnya kelabu asap....adoi...tak tau mana silap...mungkin silap tak ikut ingredient yg diberikan....namun..memasak ni tak boleh putus asa kan...so nak cuba juga....cantik sungguh roti kak dayang...teruja nak cuba pula...

tq kak....

HaSue said...

Ney lah roti kmk tok eh..lamak mek nunggu sik sampey2..hihi..
kacak dah roti kitak yaa,buleh bankrap gardenia kak tok kelak..heheee

dayang_jack said...

>>ajue :
w'salam...sori akak br dpt reply ni. InsyaAllah nanti akak tulis resepinya di sini yer. Kadang2 wlpn resepinya btl tp kalo silap teknik roti ttp xkan menjadi. mcm buat donut gak...hehe. tp xper, semuanya boleh dipelari. tq

dayang_jack said...

>>HaSue :

hahaha...ada2 jak ktk tok eh...kelaklah kmk molah byk2 jual ngn ktk jak...ekeke