Monday, January 18, 2010

Pulut Kuning dan Rendang Ayam Berempah


Salam.....

Pagi ni buat pulut kuning dan rendang ayam. Dah lama juga tak makan.. sebab tu lah kena merajinkan diri walaupun plan sebenarnya nk buat laksa...hehe. Si princess lak makan bertambah2. First time gak tu makan rendang ayam ni. Katanya "sedaaaapp!...tapi pedas sikit...tapi sedaaaappp!....nak lagiiii!!!"...hehe. Tak sangka pulak dia nak makan rendang tu. Kalau tau, dh pasti dyg tak bubuh cili padi byk2...tapi kira ok lah dia boleh makan....hehe.

Oklah nanti dayang tulis resepinya di sini yer. Nak kena cepat ni. Hubby nak outstation lagi. Tengok2lah apa yang ada kat sini. Terima kasih krn sudi tinggalkan komen.


Rendang Ayam Berempah



Update :

Terima kasih atas komen2 anda. Di sini dyg sertakan resepi pulut kuning dan rendang ayam seperti yang diminta. Resepi ini adalah mengikut versi sendiri yer. Jadi adjust lah mengikut citarasa anda sendiri. Terima kasih krn sudi singgah.

Pulut Kuning

Bahan-bahan :
  • 3 pot beras pulut (direndam semalaman bersama 1 sk serbuk kunyit dan dituskan)
  • 1/2 pot santan cair
  • 1/2 pot santan pekat
  • 1 pot air
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit garam
Cara-cara : 
  1. Sediakan pengukus dan didihkan airnya. Masukkan beras yg sudah dituskan ke dalam bekas yg bersesuaian dan kukus selama 5-7 minit.
  2. Masukkan air, santan cair, santan pekat, garam dan daun pandan. Kacau perlahan-lahan. Kemudian kukus lagi hingga masak.
***boleh tambah/kurangkan air/santan jika perlu.


Resepi Rendang Ayam Berempah

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng separuh masak)
  • 3 helai daun limau purut
  • santan secukupnya
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 batang serai (diketuk)
  • sedikit air asam jawa
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • garam dan gula melaka secukupnya
  • 1 helai daun kunyit (diracik)
bahan-bahan yg perlu dikisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji cili padi  (boleh tambah atau kurang)
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 cm kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering, jintan putih dan ketumbar. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan ayam dan daun limau purut. Kacau perlahan-lahan. 
  3. Kemudian masukkan santan, kerisik, daun kunyit, garam, gula melaka dan air asam asam jawa. Masak hingga kuahnya pekat. Nak masak hingga kering pun boleh.
  4. Hidangkan bersama pulut kuning.

6 comments:

Lya Colours said...

wah sedap nyeeee
da la lapa tgh2 ari ni
mane nak carik pulut kuning
huhu

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Dayang..Sedapnya dapat makan rendang ngan pulut kuning ni....

AZIAN said...

Sedapnya...rendang tu nampak so yummy....

dayang_jack said...

>>lya Colours : tq..hehe. sure ade jual tu...kalau x..cube2 ler buat sendiri...lagi puas hati...hehe

dayang_jack said...

>>Sue@Nenie : w'salam...mmg sedaaapppp! habis licin ayam sekor...hehe

dayang_jack said...

>>Kak Azian : smlm ingat nak diet tapi mmh xleh tahan tgk rendang ayam ni kak...alahai...hancuss dietkuuu!!..huhu