Friday, January 08, 2010

Puding Buah Berkaramel




Setelah sekian lama tak buat puding buah disebabkan kemalasan tahap kritikal, malam tadi...Alhamdulillah...tercapai gak misi. Kali ni buat berkaramel sikit tapi mcm biasa,  karamelnya tak dimasak pekat sb anak2 x suka. Lainlah kalau nak buat khas utk diri sendiri bolehlah nak buat gaya  apa sekalipun...hehe...Apa2pun puding ni memang sedaaaaapppp!....pagi2 lagi si Princess nak puding. Yang seronoknya, nilah first time dia makan puding buah yang bercampur dgn nenas. Sebelum ni, dia tak suka nenas, kalau ada nenas dlm puding gerenti dia buang. Tapi kali ni dia kata sedap pulak...hehe.




Jom makan puding!.....



Ini resepinya jika teringin nak cuba yer.

Resepi Puding Buah Berkaramel

Bahan-bahan :

Karamel :
  • 5 sb gula pasir
  • 4 sb air panas
Cara-cara : hanguskan gula dan tambahkan air panas. Buat macam karamel biasa. Tuangkan ke dalam loyang dan ketepikan.

Puding :
  • 10 g serbuk agar-agar
  • 750 ml air
  • 160 g gula pasir - boleh adjust
  • 1 sk esen vanilla
  • 400 g buah-buahan koktel (dituskan)
  • 120 ml syrup koktel
  • 4-5 sb susu pekat
  • 250 susu cair @ susu segar
  • hawflake secukupnya (kepingan asam manis)
  • 3 sb tepung kastard (dibancuh dgn sedikit air)

Cara-cara :
  1. Satukan air, agar2 serta gula dan masak hingga larut.
  2. Masukkan sirap koktel, susu pekat dan susu cair. Kacau hingga mendidih. (guna api sederhana)
  3. Masukkan esen vanilla dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung kastard. Kacau perlahan-lahan hingga agak pekat. Tutupkan api.
  4. Ambil 2-3 senduk adunan dan ratakan pada loyang berkaramel tadi. Biarkan sebentar dan tunggu puding dah tak cair, susunkan buah2an koktel dan lapiskan lagi dgn adunan puding. Kemudian, susunkan pula kepingan asam manis secukupnya. Biarkan adunan dh tak cair, barulah dilapiskan lagi dgn adunan puding. Buat sehingga habis. 
  5. Sejukkan puding sebelum dipotong.
***gula boleh adjust sendiri.
***kalau tak suka melapis, boleh campurkan sekali semua buah2an dan hawflake ke dalam puding. Ikutlah keselesaan masing2.







8 comments:

zai@umiaiman said...

owhhh terpikatnyer sy..

dayang_jack said...

>>zai : haa...kalo dah terpikat ape tunggu lagi jom buat!...hehe...nak rasa dulu seketui ni pun boleeehh... ;)

♥LOVE2COOK♥ said...

Resipi masuk listtttt! kekeke ;)

Nak sepotong kak! ..droolz!

dayang_jack said...

>> Love :

byk betul waiting list Love ni kan...hehe...x sabar rasanya akak nk tunggu...ambiklah sepotong ni...nak akak suapkan pun boleh... :P :D

PUTERA2PUTERI said...

sedapnyeeeeee..rona pun cantik sangat...ha ieta nk la sepotong yg dah dipotong tu.....

dayang_jack said...

>>ieta : tq...meh la kte cuci mulut sama2...hehe

salamdariborneo said...

dayang....cantiknya puding tu.rasanya mesti sedap nih.

dayang_jack said...

>> tq kak...mmg sedaaapp!...cube tau...