Thursday, January 14, 2010

Enang-Enang Pulut aka Inang-Inang



Yang mana satu betul sebutannya? Enang-Enang atau Inang-Inang???...Baru2 ni hubby ke JB. Jadi, dia sempat belikan dyg inang-inang pulut ni. Cantik betul lah warnanya especially yg hijau tuu...hehe..sukeeee!!. Snack ni asalnya kalau tak silap dari Melaka kan?? Memang sedap dan rangup rasanya lepas goreng. Cuma tawar sikitlah. Jadi, dayang buatkan gula pekat dan gaul2kan dgn keropok ni...haa,...barulah sedaaaaaaaaaaaaaappp!!!!....krap krup krap krup makan sambil nengok Mayang Mengurai...hehe.


Sebenarnya dyg tak pernah lagi buat secara homemade inang-inang ni. Tapi resepinya dah ada disertakan di sini. Terima kasih kpd penyumbang resepi Che'Iza. Dah habis keropok ni nanti, kita akan try resepinya pulak yer. Thank You. Nampak mudah jer nak buat kan...jom cuba!!!


Inilah rupanya  inang-inang yg belum digoreng.

Bahan-bahan ( 55-60 kpg ) by Che' Iza

  • 1 kg beras pulut
  • Lebih kurang 6 cwn air / separa dgn pulut
  • sedikit garam
  • Pewarna kuning, hijau n merah (nak buh biru pun boleh)
  • sedikit kapur yg dicampur dgn sikit air

Cara-cara

  1. Rendam pulut ngan air, satu jam pun okey dah. Basuh pulut n toskan air. Masukkan dlm loyang, letak air paras pulut jer. Gaul dgn sedikit garam. Kukus Hingga pulut tanak.
  2. Bahagikan pulut kepada 3 bahagian. Setiap bahagian titiskan dgn pewarna. Jgn byk sikit jer. Gaul pulut ngan pewarna tu biar sekata.
  3. Letak pulut atas dulang ker atau loyang besar. Tekan pulut n ratakan nipis-nipis. Sebelum tu basahkan sikit tgn dgn air kapur. Terap pulut bulat-bulat. Susun dlm dulang n jemur sampai betul-betul kering. Kalau cuaca panas, 2 hari pun dah okey dah.
  4. Bolehlah di goreng buat makan sambil tgk tv.

2 comments:

Fiza Nordin said...

salam k dayang...ooo namenye inang2 @ enang2 erh...rasenye 2 tahun lepas saya ada makan kuih @ biskut ni masa menghadiri perkahwinan anak buah kat pahang. mmg sedap. berketul2 saya makan.siap bungkus letak dalam hbag buat kudap2 dlm perjalanan balik heheheee

masa tu mmg sy tak tahu ape name kuih ni. nak tanye kat kak ipar malu pulak.lagipun dia bz...

thanks k dayang...dpt 1 pengetahun baru pagi2 hari, hari ni...

dayang_jack said...

w'salam fiza...tq krn sudi komen. akak sbnrnya mmg dh lama suke tgk kepok beras kaler2 cam ni tp x penah mkn. Yg biase mkn tu kepok beras yg mak salu buat. tp rasa lbh krg sama jer ngn inang2 ni...cuma yg mak buat tu ade bergula sikit. mmg sedaaaapp!...nxt time pun akak nak buat sendiri gak..hehe. inang2 ni kalo mkn sekeping mmg x cukup...hehe.