Thursday, January 14, 2010

Ayam Goreng Berempah, Daging Kicap Berkerisik, Karipap Bakar

Salam....

Selamat bertemu kembali!!!....rindunyaaaaa rasa hati setelah sekian lama tak jenguk rumah sendiri. Hmmm...ni baru  jer 3 hari tak update blog rasa mcm bertahun2 lak lamanya...hehe. Memang rindulah..rindu kat rumah ni & rindu kat kawan2 serta pengunjung setiaku di sini. Terima kasih byk2 yer krn sudi bertamu di sini tanpa tuannya. Tuan rumah pergi melancong jap...hihik...tak ada lah....sebenarnya bz dan tak berapa sihat sket. But now i'm ok. Sebab tu lah dapat on9 jap sekadar nak lepaskan rindu di samping tayangan amal yg tak seberapa ni.





Menu yg sedang berposing ni adalah antara hidangan yg dimasak utk hari ni. Semuanya buat ala kadar jer. Ayam goreng berempah yg dah biasa dibuat dgn sedikit ubahsuai. Begitu juga daging kicap berkerisik yg menjadi kegemaran dyg sejak kecil lagi. Maklumlah masakan bonda mmglah sedaaap!!...kalaulah mak ada kat KL ni, dah pasti suruh dia masakkan daging kicap ni. Rindu sangat dgn air tangan mak tau....huhu. Last but not least, karipap bakar. Karipap ni adalah belen buat karipap goreng tempoh hari. Jadi pagi tadi, keluarkan dari freezer dan bakar jer lah sampai masak keperangan. Tapi sebelum bakar, sapukan kuning telur dulu.

Itu jer lah yg sempat menjadi tayangan amal utk tatapan semua. Minta maaf byk2 yer sb dyg x sempat nak reply msg dan komen2 anda sjk 2-3 hari ni. Nanti dyg reply satu persatu. Terima kasih.

 Resepi Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 4 ulas bawang putih tumbuk
  • 1 inci halia tumbuk
  • 1 sudu makan serbuk paprika
  • 1 sb serbuk cili @ cili kisar
  • 1 tangkai daun kari
  • garam secukupnya
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
 Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap 1 jam atau lebih sebelum digoreng.


Resepi Daging Kicap Berkerisik

Bahan-bahan ( hidangan utk satu famili )
  • 1/2-1 kilo daging (dibersihkan dan dipotong kiub)
  • 8 biji bwg merah (dikisar)
  • 4 ulas bwg putih (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • 1 sudu bsr lada hitam tumbuk
  • 1-2 sudu bsr cili kisar
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu bsr kicap pekat
  • 3 sudu bsr kicap masin
  • 2 sudu bsr kerisik (buat sendiri)
  • rempah 4 sekawan(bunga lawang, cengkih, kayu manis & buah pelaga)
  • 2 sudu bsr air asam jawa
  • garam, gula dan air secukupnya.

Cara-cara

  1. Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat selama 30 minit.
  2. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar  dan diikuti dgn cili kisar. Kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan mendidih. Tambah air jika terlalu kering.
  4. Apabila daging dah hampir empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin, kerisik, dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
  5. Akhir sekali masukkan garam, gula dan air asam jawa.
  6. Siap dihidangkan utk seisi keluarga.

4 comments:

Lady of Leisure said...

daging masak kicap berkerisik tu kalau makan dengan nasi minyak sure sedap kan..
:)

dayang_jack said...

yup...mmg sedap!...dgn nasik apa pun tetap sedap...nanti cuba tau...

HaSue said...

Ingatkan kamek jak sik update beberapa hari tok...ada juak geng tek eh..hehee..tapi kamek biasa la,masalah tenet sik pandey abis2.. harap2 kitak dah sihat sepenuhnya nek tok.. :)
Bah,mintak kamek daging seketul,ayam seketul ngan karipap juak..mun rasa alang2 berik semua jak eh..ehee

dayang_jack said...

HaSue, yalah...mcm choc fudge lah kita tok koh...heheh. Kmk dh ok sikit tp gik gago gilak masa tok bah. mun ada masa tluang baruklah dpt ngadap tenet jap. hehe. Kinek tok pun x dpt bjaga mlm gik dah sb si Danial sekolah pagi, jd mesti maok tidor awl. huhu.

Nak merik ngan ktk hanya tinggal gambar jak ya bah. Apa kata ktk polah sendirik pas ya pos ngn kamek sikit. hehe