Friday, December 18, 2009

Roti Jala & Kari Ayam


Hari ni mmg hari meroti utk kami sekeluarga. Lepas roti daging, buat roti jala pulak utk minum petang. Lunch tadi actually masak kari ayam dan sayur jer utk anak2. Yang dyg lak tak makan nasik sb nak makan roti jala ni lah. Tapi buat sikit jer. Dah ada kari ayam tu, bolehlah cecah. Sedap sungguh sampai tak cukup pulak. Anak2 pun kata sedap tapi komplen sb buat sikit. Hehe..ala, nak buat lagi bukannya susah pun. Kalau terasa nak lagi, malam nanti buat ler..kari ayam pun msh ada lagi tu...ni kalau hubby ada kat umah, kena buat banyak2...kalau tak, gerenti kita sendiri tak sempat nak menjamah...hehe.

Kari Ayam

Roti jala ni lain sikit versinya berbanding yang sebelum ni. Yang ini versi sgt gebu dan lembut. Mmg sesuailah dgn citarasa. Siapa nak ikut resepi ni, dialu2kan utk mencubanya. Memang tak rugi pun. Apa2pun terpulanglah yer... masing2 dah ada resepi roti jala yg tersendiri kan...yang penting sedap dan puas hati.

Resepi Roti Jala (resepi II)

bahan-bahan : (2-3 orang makan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sb marjerin
  • 1 cawan air
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit
  • 1 sb gula
  • 1 sk garam
Cara-cara : blend kesemua bahan di atas dan tapiskan. Panaskan kuali non stick dan tuangkan adunan dgn menggunakan corong/botol roti jala. Jika menggunakan kuali biasa, sapukan sedikit minyak sebelum menjala....hehe.

***sangat enak dimakan bersama kari ayam, kari sardin, kari daging dsbnya.

4 comments:

Love2cook Malaysia said...

KakDayang!!! Keluar dari umah KakNor..dtg sini terus...hehex!!!

Karang nak makan roti jala plak! Adeyyy, Love blm dpt mould dia lagik! huhu...tak gi cari lagik actually! ahakz! ;)

[z@ck] said...

ya ampun..
sedapnya...

DjDayang Jack said...

Love, rajin btl Love jln2...hehe. haa, kena gi carik cepat2...nanti leh cuba buat....sedap tau... ;)

DjDayang Jack said...

z@ck, tq krn sudi singgah...hehe...mmg sedaaaap..cubalah buat eh.... :)