Friday, December 04, 2009

Roti Arab dan Kari Sardin DJ

Breakfast tadi buat roti arab versi goreng dan bakar seperti yang diminta oleh anak2. Yang kat atas tu versi goreng dan yang kat bawah ni pulak versi bakar. Biasa cecah dengan kari ayam tapi kali ni pekena dgn kari sardin pulak. Memang sedaaaap!...kira menepati seleralah....

Resepi roti arab bakar ni sebenarnya dyg rujuk dari majalah masakan tapi sudah diadaptasikan mengikut citarasa sendiri. Sebelum ni dah buat mengikut resepi asalnya tapi kurang menepati selera.

Layan jelah dulu yer. Nak join?? marilah....ada lagi ni.


Updated :

Di sini DJ ingin kongsikan resepi roti arab versi sendiri dan kari sardin utk rujukan kita bersama. Bahan2 utk roti arab ni lebih kurang sama dgn bahan2 utk membuat mini buns . Nak mencuba, silakanlah yer. TQ.

Resepi Roti Arab

Bahan-bahan:
  • 2 cawan/250 g tepung roti atau tepung serbaguna (diayak)
  • 1/2 sudu makan shortening
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sk yis
  • 1 sk dough softener
  • 1 sk bread improver
  • 1 sudu makan susu tepung
  • sedikit garam (dj guna 1 1/2 sk)
  • 130-140 ml air sejuk
Cara-cara :

Versi Bakar :
  1. Satukan kesemua doh dan uli/adun hingga elastik. Rehatkan doh selama 15 minit.
  2. Sementara itu, panaskan oven pd suhu 180C. Doh tadi bolehlah diratakan pada loyang/bekas bulat yang telah disapukan dgn mentega setebal 1 cm. (doh tak perlu dicanai. Cukup setakat ditekan2kan shj).
  3. Biarkan ia kembang selama 15-20 minit.
  4. Spray kan doh dgn air dan bakar selama 15 minit atau sehingga keemasan.
***doh ini boleh dibahagi 2 jika menggunakan loyang kecil

Versi Goreng :
  1. Sama seperti step no 1 di atas.
  2. Bahagikan doh kepada 10 biji atau mengikut citarasa masing2. Kemudian bulat2kan doh dan canaikan sedikit. Kemudian gorenglah hingga keemasan. (gunakan api kecil. Pastikan minyak btl2 panas)

Kari Sardin II

bahan-bahan :
  • 2 tin kecil sardin
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • 2-3 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan (dibancuh dgn sedikit air)
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau. Biarkan sampai pecah minyak.
  3. Masukkan pes kari dan kacau lagi.
  4. Masukkan sos tomato dan air secukupnya.
  5. Setelah mendidih, barulah dimasukkan sardin tadi. Kacau perlahan2.
  6. Perasakan dgn garam dan gula.

No comments: