Monday, November 30, 2009

Rendang Daging Hijau


Sedap sangat2!!!...sekali pandang ala2 masakan nogori gitu. Tapi  yang ni mengikut style sendiri. Sempatlah buat utk raya hari tu. Hubby mmg suka rendang daging ni tapi tak suka kering sangat. Jadi, kita buatlah sedang2.  Berkuah sangat pun aku lak yang tak suka..huhu. Memang berseleralah  makan dgn nasi impit atau nasi panas. Ooopps! hari tu buat nasi minyak dan kurma ayam tapi terlupa nak shoot...heheh...


Bahan-bahan :
  • 1 kilo daging lembu (dipotong kiub)
  • 3 helai daun limau purut
  • santan secukupnya
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 batang serai (diketuk)
  • sedikit air asam jawa
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • garam dan gula melaka secukupnya
  • 1 helai daun kunyit (diracik)
bahan-bahan yg perlu dikisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 biji cili padi  (boleh tambah atau kurang)
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1 cm kunyit hidup
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering, jintan putih dan ketumbar. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga empuk.
  3. Kemudian masukkan santan, kerisik, daun kunyit, garam, gula melaka dan air asam asam jawa. Masak lagi hingga kuahnya pekat. Nak masak hingga kering pun boleh.


0 comments: