Monday, November 30, 2009

Ketam Masak Cili Berkuah + Nanas



Untuk lauk hari ni, masak ketam yang dah tak berapa fresh tapi still sedap bila masak gaya gini. Memang mabeles!!! Jom makan!!


Bahan-bahan :
  • 4-5 ekor ketam segar(dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • sedikit hirisan nanas
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan sos tomato/puri tomato
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 batang serai (diketuk)
  • santan secukupnya
Bahan-bahan Kisar :
  • 4 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 3 biji cili padi pedas
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
Cara-cara :
  1. Tumis bahan2 kisar bersama serai hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tomato atau puri tomato.
  3. Masukkan ketam dan sedikit air. Kacau sebati.
  4. Masukkan santan, nanas, garam, gula dan asam gelugur. Kacau hingga masak.

5 comments:

AZIAN said...

Amboi...sedapnya ketam ni. Pekena dgn nasi panas perghhh....

HALAMANKU said...

syedapnyer...tapi x pernah masak resepi ni...kak DJ rajin n kreatif... ayat bedek...nak makan ketam...

dayang_jack said...

To Azian : btl tu. Dgn nasi panas mmg sedap n ssh nk brenti mkn. Hehe. Dah habis nasik pun still meratah lagi. Hehe.

dayang_jack said...

Halamanku : hehe...tq. Akak msk ikut taste jer. Kalo family suka, akak pun happy n rasa bbaloi. Tp ketam ni insyaallah, mmg sedap. Cubalah sekali, yer. Hehe, kalo dekat ape slhnya kte mkn ramai2.

Nur said...

aduss kak jack
nape le masak ketam leak bercili ni.. aku dah le tgh diet.. esok kena masak ketam le jawabnya.. takpe2 ini boleh elakkan dari terkena atau pulih dari denggi