Friday, November 13, 2009

Kek Lapis Kukus DJ a.k.a 5-in-1 Steamed Cake - updated

Projek semalam. Memandangkan tak tau nak letak nama apa, kita letak jelah nama diri sendiri. Yalah, dah kek ni menggunakan resepi sendiri, tentulah tak salah nak letak nama sendiri, betul x???...betul! betul! betul!...uik, menjawab pulak si ipin nih...hihik..

Actually, kita tgh frust ni sebab ada technical problem sebelum mengukus kek. Sepatutnya guna loyang 6 inci sb adunan kek ni taklah banyak sgt tapi dyg ter'guna' loyang 8 inci pulak. Dah siap sapu mentega dan tepung lagi tu. Time nak masukkan adunan tu, baru perasan dyg guna loyang besar. Gerenti leperlah kek lepas ni!!...huhu...mmg nipis jadinya. Frust betul!!...lama gak duduk termenung sendirian sambil menangis dlm hati....uhuk...

Walau bagaimanapun, utk merawat luka di hati ni, sebaik shj kek ni masak, dyg terus potong 2 bahagian, godek2 dlm esbok jumpa lak pes strawberi dlm tupperware plastik senyap jer duk bahagian hujung. Nasib baik tak jadi batu. Yahuuu!...semangat nih!...terus dapat idea. Dyg cairkan sekejap pes tu, then, terus sapu pada kek tadi dan tutup dgn kek satu lagi. Barulah nampak tinggi sikit kek tu. Nampak tak bahagian tengah kek tu? Serabut jer kan?...huhu. Itulah kesilapan kecik yang dyg sukar utk memaafkan diri sendiri. Boleh tu boleh..but it takes time.


Lepas tu, acara utk menguji kesedapan kek ni pulak. The first person that i would like to call is (macam ANTM lak...hihik)....of course la my princess..hehe. "Sedaaapp!, nak lagi!!...nak semua!!"...eh, mana boleh bagi semua...orang lain pun nak rasa gak....huhu...dyg pun sempatlah rasa sepotong dua...mmg sedap!!!...rasa strawberi ada, pandan ada, horlick ada, nescafe ada, coklat pun ada...pendek kata, All in One lah!!....

Sebelum hubby ke outstation tengahari tadi, sempatlah dyg buatkan bekal kek ni. Nasib baiklah manisnya mengikut piawaian hubby. Maklumlah, dia ni tak boleh makan kek2 yg terlebih manis, karang sakit kepala pulak. Aku jugak yang susah....huhu. Tapi kan dyg risau gak, takut2 kek ni tak menepati selera dia. So, dyg call dia. Masa tu dah on the way ke sana bersama partners dia. Dia kata 'sedaap'. Dia ni jenis tak hipokrit. Kalau makanan tak sedap ke, masin ke, manis ke, dia akan berterus terang. Alhamdulillah....lega rasa di hati bila dia kata ok.

Yang ni utk puan Hana...Sudi2kanlah ambik kek ni yer....kesian.. dia dah bawak tupperware besar dari tadi...lepas tu kan jangan makan sorang2 tau...share2 lah dgn anak2 and mr hubby....hehe...kalau ada lagi tu, share2 lah dgn kawan2 kat sini....


Updated :

Ramai gak yg tertunggu2 akan resepi kek lapis kukus ni. Terima kasih atas komen2 anda. Bagi yang tak dapat2 nk ekses blog ini, dyg minta maaf banyak2 krn tak dapat nak bantu terutamanya yg berkaitan dgn server. Setakat ni yg mampu dyg lakukan ialah dgn mengurangkan jumlah post utk satu page supaya mudah nak download. Bagi pengguna2 Internet Explorer, mungkin ada kesulitan utk download page ini. Jadi, bertukarlah kepada Mozilla Firefox, cepat dan pantas.

Resepi Kek Lapis Kukus DJ
(loyang 8" x 8") - adunan penuh

Bahan-bahan :
  • 10 biji telur A
  • 250 g tepung gandum @ 150 tpg gandum + 100 g biskut marie hancur (diayak)
  • 100 g horlicks
  • 500 g mentega GC
  • 200 g gula pasir (dikisar halus)
  • 5 sudu besar seri kaya
  • 1/3 tin susu pekat manis (boleh tambah atau kurang)
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sudu besar pandan emulco
  • 6 sudu besar serbuk coklat + 1 sudu besar nescafe (dibancuh dgn 4 sb air panas)
  • 1/2 sudu besar strawberry emulco (boleh tambah sedikit pewarna merah jika suka)
Cara-cara : Ikut step (jangan skip)
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang kek dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. (elok lapik dgn kertas minyak).
  2. Pukul mentega bersama gula sehingga gebu. (high speed)
  3. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar perlahan.
  4. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
  5. Masukkan seri kaya. Putarkan lagi.
  6. Masukkan horlicks dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan.
  8. Masukkan esen vanilla. Putar lagi.
  9. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (lebihkan sedikit utk lapisan pandan). Setiap bahagian dicampurkan dgn Pandan Emulco, Strawberry Emulco, pes coklat dan bahagian yang satu lagi dibiarkan kosong.
  10. Tuangkan adunan pandan terlebih dahulu dan ratakan. Tutup kemas dgn kertas foil dan kukus selama 5 minit atau sehingga lapisan dah tak cair.
  11. Kukuslah utk lapisan seterusnya sehingga habis. Lapisan terakhir ialah adunan Pandan.
  12. Kukus lagi sehingga betul2 masak (lebih kurang 1 jam)
**dyg guna bekas plastik ini untuk membahagikan/menyukat adunan pd setiap lapisan. Mudah, kan? (boleh C&P gambar bekas plastik ini)

**adunan hendaklah sentiasa dikacau setiap kali sebelum melapiskan kek.

13 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam k.dayang
aduhai dah tegodaleee ngk kek akk ni...rasa mcm nak masukkan tangan je dlm laptop ni ambik...x boleh jadi ni...hehehe

Love2cook Malaysia said...

Hehehe, same like Sheila...Love pun rasa nak masukkan tgn dlm screen nih ambik kek cantik akak tuh! huhu!

They r gorgeous! :)

geraugebang said...

Cun gileer kek dia. Boleh buat hantaran ni. Manis giteeww,

Anonymous said...

salam dayang...nampak memang sedap...tak sabarnya nak rasa...

E-na Zarina said...

cantikkkknyaa...bila lah E-na dpt melapis kek secantik ini..huhuu

DjDayang Jack said...

Sheila : waalaikumsalam...uishh! bahaya tuu!..nak kene sorok cepat2 ni.... :D

DjDayang Jack said...

Love : hehe...noty2...cannot la dear, nanti akak nak tayang ape kak sini kalau kek ni ilang??... :D

DjDayang Jack said...

Love & Sheila : anyway thanks ya both of u...:)

DjDayang Jack said...

geraugebang : very unique nama ni. thanks ya krn sudi tinggalkan jejak. Nak buat hantaran??..so sweet..gud idea...tq

DjDayang Jack said...

ima : waalaikumsalam...trm ksh. kek lapis ima pun ape kurangnya. sedap2 lagi tu. hihi. dyg suke buat kek kukus jer. Alhamdulillah setakat ni dh sebati.

DjDayang Jack said...

Ena : skrg pun boleh kalau nak. tak perlu nak tunggu bila. ceria selalu! : ) tq

hana said...

tang mana la yg tk cun tuh k.dyg oiii!! santek glosss! nk makan pong sayang! tupperware kita smlm dh isi penoh blom?? dtg nak hambik nih! kikiki

DjDayang Jack said...

hana : hehe...ye ker?? toce2...hana x tgk ker akak dh siap pack dgn plastik lg tu kek tu. sedang elok jer duk dlm tupperware tu. heheh