Thursday, November 26, 2009

Kek Coklat Marie Kukus

Kek Coklat Marie Kukus


Bahan-bahan : loyang 7" x 7" @ 8" x 8"
  • 250 g tepung biskut coklat marie
  • 1 sk baking powder
  • 50 g horlicks
  • 50 g serbuk koko
  • 7 biji telur gred C (sejuk)
  • 180 g marjerin (dicairkan)
  • 300 g gula halus (dikisar lagi sampai halus)
  • 1/2 cawan susu pekat manis + 120 ml air panas (dibancuhkan)
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
  2. Di dalam satu bekas besar, ayak tepung biskut coklat marie bersama baking powder, horlicks dan serbuk koko.
  3. Masukkan telur, gula halus serta bancuhan susu pekat. Putarkan hingga adunan sebati. Kemudian masukkan esen vanilla. Putar lagi.
  4. Masukkan marjerin yang sudah dicairkan tadi dan kacau dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan. Tutup kemas dgn kertas foil.
  6. Kukuslah selama 1 jam 50 minit atau sehingga kek masak. (uji dgn lidi @ cake tester. Jika tak melekat, maknanya kek sudah masak)

kek yang sudah disimpan 2 hari

Contoh biskut coklat marie

***Biskut coklat marie hendaklah ditumbuk/dikisar sehingga betul2 halus seperti tepung dan perlu diayak 2-3 kali sebelum disukat. Ayak sekali lagi bersama koko dan horlicks.
***seelok2nya guna kertas minyak utk melapik loyang seperti yg selalu disyorkan
***kek ini padat tetapi lembut
***boleh kurangkan gula jika tak suka manis
***sejukkan kek selama satu hari sebelum dimakan. Rasanya akan menjadi lebih sedap.

5 comments:

::sakura:: said...

akak....tepung biskut coklat marie 2 mcm ne??

dayang_jack said...

DJ to sakura : biskut marie yg perisa coklat. nanti akak display gambarnya.

::sakura:: said...

thanx kak...nnt nk try ^_^

Adnazthie said...

Salam, Dayang..
Biskut marie coklat dah beli. Nak buat aje lum berkesempatan..mesti nak cuba. Nampak sedap..

dayang_jack said...

to Sakura n K.Adnazthie : selamat mencuba ler yer...kek ni insyaAllah sedap... :)