Tuesday, November 24, 2009

Crispy Onion Rings (my style)

Salam rindu buat rakan2, pengunjung2 setia mahupun silent reader ku yg sentiasa mengikut aku tak kira di mana jua aku berada, siang atau pun malam, panas atau pun hujan...alangkah terharunya....terima kasih byk2 yer krn sudi meninggalkan jejak dan juga sudi klik2 nap nap tu....hihik.

Tak tahan rasanya membaca emel, sms dan juga komen2 di sini...baru satu hari senyap dah ada yg hantar emel minta jgn rehat lama sgt....huhu....apakan dayaku...kekangan masa yg membatasi segalanya. Tapi hari ini sempatlah juga meluangkan sedikit masa utk mengemaskinikan blog dgn langsir baru (pssst!...ikut theme...hihik) dan juga n3 yg dh agak lama dalam simpanan dyg utk dikongsikan bersama anda.

Bila entah ambik gambar onion rings ni tak taulah. Selalu juga buat.. hampir setiap minggu sb si kecik suka sgt mengunyah onion rings ni. Nak shoot pun x sempat2 dibuatnya...maka, satu ketika itu berjaya gak shoot sekeping dua utk tayangan amal. Tu pun spesen jer pose nya...hehe. Tak mengapalah, janji ada gambarnya oklah tu.


Onion rings ni sedap dan rangup. Sesuailah utk hidangan minum petang atau bila2 masa sahaja. Nak buat utk cucur udang dan cucur bawang pun sedap juga. Ada 2 versi resepi yg nak dikongsikan di sini. Jika berminat, bolehlah mencubanya yer.

Crispy Onion Rings

Bahan-bahan :
  • 1 1/4 cawan tepung superfine
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 1 sk baking powder
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1/2 sk lada sulah
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1 1/4 cawan air suam
  • bawang besar (kuning) secukupnya - dihiris bulat
Cara-cara :
  1. Ayak semua tepung bersama baking powder ke dalam bekas besar.
  2. Masukkan bahan2 selebihnya (kecuali bawang) dan gaulkan sebati.
  3. Sediakan minyak utk menggoreng. Pastikan minyak betul2 panas.
  4. Kemudian, celupkan bawang ke dalam adunan tepung tadi dan goreng hingga keemasan.

Another Version :
Sesuai juga utk membuat onion rings/cucur bawang/cucur udang/cucur ikan bilis.

Bahan-bahan :
  • 125 g tepung superfine
  • 25 g tepung ubi
  • 25 g tepung gandum
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sk lada sulah
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 sudu makan gula pasir
  • 2 sk garam @ secukup rasa
  • 1 sk yis mauripan
  • 1/2 sk baking powder
  • 250 ml air suam
  • Bawang besar secukupnya (dihiris bulat)
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit.
  2. Ayakkan semua tepung serta baking powder di dlm satu bekas besar.
  3. Masukkan marjerin, kunyit, garam dan gula. Kacau rata2.
  4. Masukkan yis tadi dan gaulkan sebati (jika terlebih pekat boleh tambah air).
  5. Sediakan minyak utk menggoreng.
  6. Apabila sudah cukup panas, bolehlah celupkan bawang dgn adunan tadi dan goreng hingga keemasan.
**nak add serbuk cili pun ok jika suka.
Selamat mencuba! dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

4 comments:

indahhouse said...

Salam kak dayang,
sedap nampak onion rings tu. rasa macam cekodok bawang atau keria, kak?
apa pun, mesti sedap.
Selamat hari Raya AidilAdha, buat kak dayang n family

Watierman said...

Cantiknya rumah berlangsir baru....Akak jer dok kekal tradisi yg lama...hihihi...Dayang dikesempatan ini Akak ucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha maaf zahir & Batin....sedap ooo Onion Rings tu!!!

DjDayang Jack said...

DJ to indahhouse : w'salam...trm ksh. rasa mmg rasa cokodok bawang cuma lain sket tekstur nya. jenis garing, rangup tp lembut. kene cuba dulu baru tau perbezaannya. hehe. Salam Aidil Adha buat indah sekeluarga...

DjDayang Jack said...

DJ to K.Watie : rumah akak dh cantik dh tu. x jemu2 memandang tau. hehe. Salam Aidil Adha juga buat k.Watie sekeluarga...Maaf Zahir Batin. tq kak.