Thursday, October 15, 2009

Udang Masak Kicap

Hari ni tak dapat nk cerita panjang lebar tentang lauk udang ni. Tersandar keletihan dan kekenyangan menikmati lauk2 mengancam dan sedap....hehe.

Bahan-bahan :
  • 300 gm udang basah
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 cm halia (dikisar)
  • 2-3 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 keping asam gelugur
  • 3 sudu makan marjerin
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
Cara-cara :
  1. Cairkan marjerin di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan cili kisar hingga garing. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat, kicap manis dan sedikit air. Biarkan mendidih.
  2. Masukkan udang, asam gelugur dan cili merah. Gaulkan.
  3. Masukkan daun ketumbar dan tomato. Kacau lagi.
  4. Hidangkan setelah masak.

2 comments:

Watierman said...

Uish...melampau udang ni posing maut...dah nganga dah ni...tinggal nak ngunyah jer...mengancam betoiii!

dayang_jack said...

heheh...tbayang2 camne lah k.watie nganga besar nk ngap udang nih..keh!keh!keh!