Saturday, October 31, 2009

Sotong Berempah Madu

Semalam tak sempat nak tayang menu makan tengahari. Antara lauk yang dimasak ialah termasuklah sotong, ikan rebus asam pedas dan ayam goreng.

Nasib baik buat banyak. Kalau tak, memang rugilah sb rasanya sangat2 menepati citarasa. Idea nak masak sotong berempah ni dtg secara spontan je tu. Alhamdulillah, hasilnya mmg tak mengecewakan.

Kalau nak tau rasanya mcm mana, bolehlah mencuba resepi yang dayang sertakan ini yer.....



Sotong Berempah Madu

Bahan-bahan :
  • 400 g sotong basah (dibersihkan dan dipotong. Gaulkan bersama dgn sedikit kunyit dan garam. Kemudian rebus hingga 3/4 masak. Toskan)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk lada sulah
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dgn 2 sudu besar air)
  • 3 sudu besar cili kering kisar/cili giling
Bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 lengkuas
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kering dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk lada sulah. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis. Kacau lagi. Tambah sedikit air jika perlu.
  5. Masukkan sotong, madu, cili merah, dan bawang besar. Gaulkan hingga kuahnya pekat dan barulah dimasukkan jus limau. (boleh tambah garam/gula jika perlu)
***jika kurang pedas, boleh tambah cili api.
***serbuk jintan boleh dikurangkan jika suka.



Hari ni nak masak apa yer???...tengah berfikirlah ni...heheh....apa2pun selamat makan tengahari! have a nice day!

3 comments:

blogresipi said...

Salam Kak Dayang..kite pun dah lama tak sempat nk melawat kak Dayang nie...harap2 akak sihat ye... alang2 datang nie nak mintak nasi kosong sepinggan nak makan ngan sotong tue... sedappp je nampak :)

dayang_jack said...

waalaikumsalam, ijan. akak pun sihat Alhamdulillah..eh, boleh2 ape slhnya..jom kte mkn sama2...mmg best tau!...hehe

wana said...

Ermm..sedap plak nampak sotong ni.Thanks Akak..jangan lupa singgah kat blog wana yer:ANEKA RESEPI TERKINI