Tuesday, October 06, 2009

Nasi Hujan Panas

Salam...
Semalam ingat nak post n3 tapi x sempat...dgn masalah komputer yg kuat meragam, faham2 ajelah yer...jadi, mintak maaflah byk2 seandainya ada yg tertunggu2 akan n3 terbaru dyg mahupun n3 lama yg x sempat nk update. InsyaAllah, akan diusahakan jika x ada aral melintang. Bersabar je lah yer...

Terima kasih kerana sudi berkunjung di sini. Terima kasih gaklah kpd yg sudi mendaftarkan diri utk menjadi pengikut dyg....thanks again.

Oklah, menu yg sedang ditayangkan ini ialah nasi hujan panas yg dimasak semalam. Tapi hanya dimasak utk diri sendiri shj. Anak2 tak suka nasi kaler2 ni...kena masak nasi putih je. Lagipun beras Basmathi ni ngam2 tinggal 1 pot kecik. Perhabiskan je lah..hehe.

Sedap betul mkn nasik ni dgn acar rampai dan juga ayam bersos. Maka, semalam gak merupakan kali terakhir dyg makan nasik. Hari ni dan esok2nya taklah kot sb dah nekad nak turunkan berat badan. Mungkin nasik akan digantikan dgn roti dan juga biskut2., sayur2 dan buah2an. Lunch tadi hanya makan sup suun campur dan segelas oren. Kenyang gak walaupun sebenarnya mempunyai 'selera makan terlampau'...heheh.


Nak buat nasi hujan panas ni sebenarnya mudah aje. Resepi dlm versi dayang ni very simple but yummy!!!!....

Bahan-bahan : utk 1-2 orang
  • 1 pot kecil beras basmathi (direndam 2-3 jam dan dituskan)
  • 4 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 sm halia (dihiris)
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 1 helai daun pandan (disimpulkan)
  • sedikit kismis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
  • garam
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan2 yang dihiris, kulit kayu manis dan bunga cengkih hingga wangi.
  2. Masukkan beras, 1 pot air, daun pandan dan garam. Gaulkan. Masak hingga hampir kering.
  3. Titiskan pewarna dan taburkan kismis. Gaulkan sedikit. Biarkan ia masak sempurna.

4 comments:

ain said...

sampai la hr ni, akak tertanya2 nape diberi nama ns hujan panas ek..???

dayang_jack said...

entahlah kak...agaknya org yg mencipta nasik ni time ujan panas kot...

crystal said...

Pd pdpt sy la nama ni diberi coz nasi hujan panas kan warna warni. .. sempena hujan yg turun ms panas n slps tu akn keluar pelangi...pelangi kn mcm2 warna....

crystal said...

hujan ms cuaca panas kmdn akn kuar rainbow...rainbow kn ada mcm2 warna..so tcipta le nasi hijan panas coz nasi ni warna colourful....hehe.