Friday, October 16, 2009

Mee Goreng II

Setiap kali masak mi goreng, dyg akan pastikan semua stok perencah dan sosnya kena ada (kecuali darurat). Kalau kurang satu, tentu sekali rasanya tak menepati selera anak tekak ni. Maka, hilanglah selera makan. Seperkara lagi, mi goreng ni kalau tak kena cara memasaknya mmg tak sedap dan rasa muak. Sebab itulah dyg lebih gemar memasak sendiri daripada 'tapau' dari kedai...hehe. Bukan nak tunjuk 'terror', cuma bukan senang nak ikut selera tekak ni, betul tak???.. :)

Antara mee goreng kegemaran dyg sekeluarga ialah mee goreng mamak dan mee goreng kering. Yang ni pulak dimasak mengikut citarasa sendiri ..mi goreng sedikit basah. O ya, kalau tengok resepi kat bawah tu dyg tak guna bawang putih dan bawang kecil/merah sb nak bagi kelainan sikit dr segi rasanya. Malah, lagi sedap!....anak2 pun suka mi goreng ni walaupun ada sedikit pedas (kalau tak pedas, kuranglah 'ummmph'..hehe). Malah, makan pun bertambah-tambah.

Bahan-bahan :
  • 450gm mi kuning
  • 1 biji telur
  • sedikit isi ayam (dihiris kecil)
  • 6 ekor udang basah
  • 1 keping fishcake (dihiris)
  • sedikit fishball (dibelah 2)
  • 1 keping tauhu (dipotong kiub)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 4 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 4 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 3-4 sudu makan cili kering kisar
  • 2-3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • air secukupnya
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci belacan bakar
Bahan-bahan hirisan/campuran :
  • kobis
  • sawi
  • taugeh
  • daun sup
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga terbit bau.
  2. Masukkan sos tiram dan kacau lagi. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan udang, fishball, fishcake dan tauhu. Kacau rata2. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap manis dan kicap masin.
  4. Pecahkan telur dan gaulkan. Kemudian, barulah dimasukkan mi tadi. Tambah sedikit air. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan bahan2 hirisan dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi.
  6. Hidangkan setelah masak.
***boleh tambah garam/gula jika perlu

6 comments:

ain said...

we all pun suka mkn mee goreng mamak. so far cuma satu kedai je yg menepati citarasa tekak kita org. so selalu lah ke chamek kopitiam!!

Watierman said...

Sedapnya Dayang...kalau dapat sepiring buat juadah berbuka ni sedap...oooo

bintangku said...

suke mkn mee goreng yg basah2 skit tu... kalo kering sgt, tak der feel.. :)

dayang_jack said...

k.ain, ye ke??..tringin gak nak pi kopitiam tp tu ler nak kene wat appointmnt dulu ngn hubby..huhu

dayang_jack said...

k.watie, mmg sedaap!...time bbuka pose lagilah sedaaap!

dayang_jack said...

bintangku, dyg ni lak x kesah mana2 pun ok janji sedaappp!!..heheh