Friday, October 30, 2009

Kek Lumut


Salam...

Untuk memenuhi permintaan peminat kek2 kukus yg telah menghantar emel kpd dayang, di sini dayang ingin kongsikan satu lagi resepi kek kukus tradisi Bumi Kenyalang yang amat popular dari dulu sehinggalah sekarang iaitu Kek Lumut.

Bagi yang pernah merasa atau yang dah selalu membuat kek ini sudah semestinya tahu akan rasanya yang sedap dan lembut walaupun rupanya seperti lumut. Ada rupa lumut tak ni??..hehe.

Resepi kek lumut ni pun sudah ada banyak versi mengikut citarasa masing-masing tapi the basic recipe tetap sama iaitu penggunaan horlicks , seri kaya dan nestum. Itulah yang menjadikannya wangi dan sedap. Namun utk resepi dalam versi sendiri ni, dyg tak menggunakan nestum. Bau dan rasa horlicks sudah mencukupi.

Untuk tepungnya pula, sesetengah resepi menggunakan tepung Samolia atau tepung Almond utk menggantikan tepung gandum. Apa2pun, jangan risau, rasanya tetap sedap walaupun hanya menggunakan tepung gandum.

Kek yang sempat dyg buat ni hanyalah 1/2 adunan shj dp sukatan resepi asal utk loyang 7 " x 7 ". Namun ianya sudah dieditkan dan sukatannya pun dalam cawan metrik. Jadi, no excuse lah kepada yang ingin mencuba tapi keliru dgn sukatan gelasnya yer...hehe.

Ok, ini adalah resepi asalnya utk loyang 9 inci.

Bahan-bahan : Loyang 9” x 9”
  • 1 ½ gelas tepung gandum (diayak)
  • 8 biji telur A
  • 450 gm mentega berkualiti ( SCS atau Anchor)
  • 1 gelas gula halus (kisar halus lagi jika suka)
  • 200 gm horlicks
  • Pewarna hijau (Star Brand) - dayang gantikan dgn pes pandan Cap Kopoe-Kopoe
  • 1 tin kecil Seri Kaya
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 4 jam. (tambah air panas jika hampir kering)


Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : sama seperti atas. Cuma masa mengukus ialah 2 jam 30 minit.

34 comments:

ain said...

akak pernah buat kek ni. memangggg sedap!!!

DjDayang Jack said...

k. ain : o ye ker??...dyg lak dh lama x buat kek ni. ni ade belen seri kaya n horlick, terus nk buat. lgpun ade yg minta resepi ni.

Love2cook Malaysia said...

Here comes a new cake recipe from the Queen of Cakes! Cayalah kak! Cantik tersgt warna hijau tuh...:)

Err...I've yet to get a mixer la kak. What brand do U suggest???

DjDayang Jack said...

Love : hehe...thank you so much...ade rupa mcm lumut x???hehe..akak guna pandan paste supaya nmpk btl2 hijau lumut..hehe..utk mixer, akak suggest Love beli yg Kenwood sb kualitinya mmg dh terbukti eventhough it's so expensive. Tp kalau nk yg affordable but good quality, boleh gak beli Panasonic, Samsung @ LG. Tapi one thing abt electrical items ni, walaupun mahal tp kalau jarang pakai, ia akan rosak jugak. Therefore, kalau nak beli tak kira mahal atau murah, kena kerap guna supaya x rosak. hehe...panjangnya cerita....huhu...

Love2cook Malaysia said...

I just loved the green color on ur cake...elegant! ;)

Oh okey, Kenwood brand yer...price isn't a probz, quality does matter. Love mmg looking fwd to get a mixer and a electric Oven.

Hopefully I'll use them often! ;) Sure will..hehehe.

Any Kenwood model that U suggest kak?? Tenkiu! ;)

DjDayang Jack said...

Love : hehe..thanks 4 the compliment. kenwood model? u mean the mixers? as far as i know, the latest version/model is Kmix which is limited edition (if i'm not mistaken la..)..akak x penah beli kenwood lg. Guna brand biase je 4 the time being. my auntie ade mixer kenwood ni tp different model including hand mixer.She said ok n puas hati dgn food mixers n also the blenders. die mmg xnk tukar dah dgn brand lain. hehe.

whatever it is, kenwood is a good choice. Love pergilah buat survey dulu kat kedai tu, tgk2 model & features, then u can make a comparison.

Love2cook Malaysia said...

Hi KakDayang, tks for the info. Yeah, I came to know abt this Kenwood K-Mix. Will go for a survey during my hubby's next break!

I hope it's not too late for me to pick up the techniques of baking! Lucky I've got U! Will ask more questions when the need arises. hehe boleh kan kak???

DjDayang Jack said...

Love : anything u wish, dear...hehe... akak ni xlah pakar sgt tp ape yg akak tau, itulah yg akak akan kongsikan di sini..kakak2 yg lain tu pun hebat juga...boleh mintak tunjuk ajar... :)

Asiah Yacob said...

Salam k.dayang, sy dh buat kek nih...mmg sedap kak..TQ ye share resepi..and mntk izin link akk skali...(hehe dh lama link pun, jd silent reader j slm nih)

Umi Kalthum said...

Kak, utk resipi yg asal tu, kakak bagi sukatan gelas. Gelas apa yg boleh dipakai? Atau adakah kak maksudkan cawan?

DjDayang Jack said...

>>Asiah Yaakob : tq krn sudi mencube resepi kek ni. Alhamdulillah, akak pun tumpang seronok....thanks ya.

>>Umi Kalthum : utk gelas sukatan tu, umi boleh tgk kat glossary di myresipi.com. tq.

HomeKreation said...

Salam Dayang. Along dah buat kek ni. Respi ni mmg best, moist & sedap. Maceh Dayang. Minta izin kongsi respi at my blog.

أمل said...

kak DJ - segelas stgh bersamaan brapa yea?

DjDayang Jack said...

@amal jo

lebih kurang 2 cawan tepung. Tp boleh tambah 1/4 cawan lagi sekiranya adunan terlalu cair. Selamat mencube!

cek chun said...

@DJ Dayang
akak, kalau guna serbuk badam tu, sukatan still sama macam tepung tu ker, thanks

DjDayang Jack said...

@cek chun
yes, lbh kurang sama, tp jika nak lebihkan sket sukatannya pun xpe sb semuanya bergantung pd adunan. jIka terlalu cair, bolehlah ditambahkan tepungnya. Atau boleh juga menggunakan tepung biase bercampur serbuk badam. half half.

yen said...

hello cik dayang....

saya tak pernah makan kek lumut. teringin nak makan kek lumut dan mencuba resepi cik dayang, tapi saya ingin bertanya... resepi ini tak perlu guna baking powder ke?? dan ada juga resepi kek lumut yg mengunakan nestum, ada perbezaan rasa ke jika kita letak nestum??

tq.

DjDayang Jack said...

@yen
hi...sorry lmbt reply.

kek ni mmg sedap rasanya. kebanyakan kek kukus srwk mmg tak guna BP. kalau ltk nestum lg bertambah2 sedap dan lemak2 manis dan wangi. Kalau x ltk pun still ok dan rasanya x byk perbezaan.

Nora Deena said...

Dayang, haritu deena buat kek kukus lapis coklat mmg sedap.. kali ni nak try la kek lumut...tks dayang !

zie said...

salam DJ, selain golden churn butter apa yg sedap utk buat kek lapis nih yek?..tQ...

DjDayang Jack said...

@Deena Yasmin

trm ksh yer deena krn sudi mencube resepi kek lapis coklat tu. kek ni pun mmg x rugi dicube. slmt mengukus yer.. :)

DjDayang Jack said...

@zie
w'salam..

butter SCS atau Anchor pun boleh. atau butter yg biase2 pun ok cume kalo nk hasil yg lbh baik, guna yg disyorkan td. Golden Churn sebenarnya the best tp skrg ni statusnya msh mengelirukan.

SHA_RIDZ@HOMESTAY said...

hi dayang, klu nk tambah nestum brapa gram pula sukatan yer? rasa mcm nak buat jer kek ni...teruja sangat...

ibudhira said...

kak dayang..mintak izin kopi pes kat blog yer..dh cuba dh kek ni..sodapppp sgt..

mY LittLe giRL said...

raya tahun lepas da wat.. thn ni nk wat lg.. mmg sedap...

Mahsuri said...

baru dpt wat kek ni minggu lps.. mmg sedap n gebu.. tq share resipinya..

ateaazman said...

salam kak..berminat nak cuba kek ni tapi ragu2 tentang sukatan seri kaya dgn susu pekat tu..boleh tak saya guna seri kaya satu telab kecil mcm yg dah sedia dijual tu and then sukat susu pekat tu ikut telab kecil tu juga??

Effa said...

salam DJ,
nak tanya selain mentega golden churn tu de tak mentega lain yg bley guna since mentega tu dah diharamkan kan.. tq

Effa said...

salam DJ,

mentega golden churn tu dah diharamkan kan.. so bley tukar dgn mentega pe lg ye?
tq

DjDayang Jack said...

@Effa

w'salam...

sori lmbt reply. mentega GC boleh digantikan dgn mentega SCS atau Anchor. Kedua2 mentega ini mmg sesuai utk buat kek spt ini. selamat mencube! tq

Siti Asiah said...

tak pnah makan lagi kek lumut ni...cam sedap jer tu...nak cube la...cara buat pun cam tak ssh jew...
tenkiu Dayang for resepi...;)

Anonymous said...

kak dayang,
sy selama ni mmg silent reader akak jer..kek lumut sy dh cuba buat masa buat open house raya haritu tp tengah bagusnya mengukus skali gas habis..terus tepon cina hantar gas sambung pulak kukus tp sayangnya kek tu dh kena sumpah jadi bingka lumut..rasanya mmg sedap tp kejadian je kurang..raya haji ni nk cuba buat lagi..wish me luck!!!

niza,penang

Hjhmai said...

Salaam... Sis, yg 1 stgh gelas tepung tu agak2 brpa gram ye? Sy ni x reti nk buat kek, tapi skarang dh nk mula blajar buat kek. So, as a beginner, pls help make me understand better reading the ingredients in metric measurement, esp the tepung.Tqvm.

Sue said...

Salam Kak.. kalau x ada perwarna Kopoe kopoe, bole guna pwarna lain tak? berapa sudu nak guna?