Monday, October 05, 2009

Kek Batik

Salam....
Tengahari tadi sempat gaklah buat kek batik simple memandangkan stoknya ada. Mula2 nak buat lapis demi lapis tapi tak jadi lak sb tak kuasa berdiri lama sgt kat dapur tu..penaatt!!!...huhu...jadi n3 masak2 lauk tu akan ditayang kemudian yer...esok2 ke...heheh...

Oklah...berbalik cerita psl kek batik ni...sebenarnya, dyg suka buat jer sb anak2 suka makan. Tak cukup satu loyang tu...tapi tak bolehlah nak buat hari2 sb kek ni boleh tahan gak manisnya. So, cukuplah buat sebulan sekali.

Cam tak puas hati lak tengok gambar2 ni...apa2 je lah....sesiapa nak kek ni, ambiklah la yer...tapi ambik seketui jer tau..tak boleh byk sgt...hehe


Bahan-bahan : satu loyang kecil
  • 30 keping biskut marie
  • 250 gm butter (dyg guna 'ButterLite')
  • 50 gm krim keju - optional
  • 50 gm horlicks
  • 1/4 cawan koko (dibancuh dgn sedikit air panas)
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 1/4 cawan susu pekat manis
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega dan krim keju.
  2. Masukkan susu pekat, koko, horlicks dan esen vanilla. Kacau hingga pekat berkilat.
  3. Tutupkan api. Biarkan separuh sejuk. Barulah digaulkan dgn biskut marie dan tuangkan ke dlm loyang. Ratakan dgn padat.
  4. Sejukkan sebelum dipotong.

5 comments:

ain said...

last time akak buat, jd keras kematun kek ni. x tau kenapa.since then, malasnye nak mncuba lg.

Anonymous said...

Salam semua,

Kami ingin mengajak anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair untuk mempromosikan blog mereka di laman web kami. Ia mempunyai fungsi yang sama seperti Digg dan Innit. Pendaftaran adalah PERCUMA!

Daftar sekarang: Blog Malaysia [Blogger's Meeting Point]

Malaysia Boleh!

DjDayang Jack said...

k.ain, yang ni tak keras sgt, InsyaAllah. akak try ler sekali.

DjDayang Jack said...

IMCurtain : thanks for the invitation. tunggu dh ready nanti kte join yer...tq

sehati sejiwa said...

keras sbb ape?adik ipar buat pon keras gila letak dlm peti ais,tp resepinya pakai telur 6bj..nk try la yg ni plak..tQ dayang..