Wednesday, October 28, 2009

Ayam Lada Hitam Ekspress

Seperti biasa..... lauk ayam lagi. Inilah antara menu yg sempat ditayangkan di sini. Kenapa ekpress??? sebab ayam ni tak perlu diperap berjam2. Sebaliknya, hanya direbus bersama bahan2 perencah dan kemudian terpulanglah samada nak dibakar atau digoreng sebab kedua2nya pun boleh. Lagipun tak mengambil masa yang lama nak memasaknya. Ayam ni mmg sedap dan cukup rasa(manis, masam dan masin) kalau ikut selera tekak ni lah...sesuai sangat dimakan bersama nasi putih, nasi ayam dsb. Nak ratah gitu saja pun sedap.


Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos BBQ
  • 60 ml air asam jawa / jus lemon
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sk garam
Cara-cara : Satukan kesemua bahan di dlm kuali dan rebus hingga 3/4 masak atau sehingga kuahnya pekat melikat. Kemudian goreng hingga masak. Untuk menggril/memanggang, tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun/minyak masak dan gaulkan. Kemudian, panggang hingga masak (boleh dipanggang dgn menggunakan dulang yg berbalutkan kertas foil atau tanpa dulang)


4 comments:

Azalea said...

Kak, sedap tu ayam ekspress. Resepi pun sonang aje nak masaknya. Aza nak test nanti. Tp kena cari ayam dulu.

ain said...

akak pun kalau malas2....main rebus2 aje ngan bhn2. senang dan cepat nak siap!!! rasa tetap sedap!!

c-idah said...

wah sedapnye ayam tuuuu.....

dayang_jack said...

Aza : jgn lupe buat tau..mmg sedaaappp!!

k.ain : btl tu kak, rebus lg cepat meresap bahan2nya dp tunggu diperap lama sgt....

c-idah : mmg sedaaap! cuba tau...hehe