Friday, September 18, 2009

Kerepek Jagung Pedas...lagi

Hari ini buat lagi kerepek jagung sb stok cornflake masih ada banyak lagi. Esok lusa mungkin buat honey cornflake atau biskut lak...tu pun tengoklah kalau ada free.

Kerepek ni sebenarnya sangat sedap dan rangup. Ada gak member2 MYR yg buat menjadi dan ada gak yang tak menjadi. Ada silap la tu kat mana2...apa2pun terima kasihlah byk2 bg yg tlh mencuba resepi ini.

Bahan-bahan :

* 3 cawan empingan jagung (dyg guna kellogs cornflake asli)
* 1 labu bawang besar/5 biji bawang merah (dikisar)
* 2 ulas bawang putih(dikisar)
* 3-4 sb cili kering kisar (boleh kurang/tambahkan- ikut citarasa)
* minyak secukupnya
* gula dan garam secukupnya

Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar dan cili kering hingga betul2 pecah minyak. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi dan biarkan sehingga garing. Barulah dimasukkan emping jagung tadi. Gaulkan sehingga rata (guna api sederhana).

1 comments:

Aloha Iman said...

Assalamualaikum kak Dayang Jack,

saya dah cuba buat kerepek tu semalam...macam lembap jew emping jagung tu. saya salah step agaknya