Sunday, September 27, 2009

Buttered Prawn

Salam....bertemu kembali setelah bbrp hari offline. Hari ni nak tayang sikit2 menu yang sempat diambil gambarnya bbrp hari lepas. Maklumlah...busy ketika itu...hehe...

Oklah, menu yg sedang berposing ni ialah Buttered Prawn atau Udang Bermentega. Actually, dayang mmg penggemar masakan ini tetapi jarang buat. Kalau tak silap raya ketiga hari tu dayang sempat buat memandangkan ada stoknya....memang sedap tau...nak buat pun senang je tu. Kebanyakan resepi2 yang ada kat internet atau kat majalah tu menggunakan bbrp biji kuning telur tapi dayang(dgn gabungan resepi kenalan dayang iaitu Zana...thanks ya), dayang guna sebiji telur je utk buat jurai2nya tu....memang best!...

Tapi sebelum tu, dayang perap dulu udang ni dgn serbuk lada hitam, sos tiram , jus lemon dan kicap manis. Kemudian digoreng hingga masak. Memang sedap rasanya....

Di sini dayang sertakan resepinya yer utk dicuba...

Bahan-bahan :
  • 10 ekor udang basah (diperap dgn sedikit lada hitam, sos tiram, jus lemon dan kicap manis dan digoreng hingga masak. Atau nak senang, diperap dgn sedikit garam dan digoreng mcm biasa)
  • 1 biji telur A ( dipukul sedikit)
  • 2 ulas bawang putih dicincang)
  • 2 cm halia (dicincang)
  • sesenduk mentega (boleh adjust sendiri)
  • 1-2 sudu makan kelapa parut
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 2 sb susu cair
  • 1 sudu makan gula
  • 5-6 biji cili padi (dihiris)
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dlm kuali leper. Tumis bawang dan halia hingga perang.
  2. Masukkan daun kari dan cili padi. Kacau lagi.
  3. Masukkan kelapa parut dan gula. Kacau lagi hingga naik bau.
  4. Tuangkan telur yg sudah dipukul tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau secara memutar.
  5. Masukkan susu cair dan kacau lagi. Tapiskan sebelum digaulkan bersama udang.

2 comments:

ain said...

selamat hr raya dayang!!! dah start masak cam biasa ke..??bestnyaa!!!!

Anonymous said...

Salam Kak Dayang... dtg nak makan butter prawn nie.heheh :)