Sunday, August 16, 2009

Ketam Lemak Kuning

Setelah berhari2 tertangguh2 nak buat, baru hari ni dapat buat. Keenakannya memang tak dapat nak dihuraikan dgn kata2. Apa2pun...layan je dulu... :)


Bahan-bahan :
  • 1 kilo ketam bunga (dibersihkan)
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 cm kunyit hidup*
  • 6 biji cili padi*
  • 2 batang serai (diketuk)
  • sedikit hirisan nanas dan timun
  • 200 ml santan pekat
  • 1 keping asam gelugur
  • garam dan sedikit gula
Cara-cara :
  1. Kisar bahan-bahan bertanda *.
  2. Panaskan 2 sb minyak di dlm kuali/periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan 1 cawan air atau lebih. Biarkan ia mendidih seketika.
  3. Masukkan ketam, santan dan bahan2 selebihnya. Kacau sehingga ketam masak.

0 comments: