Sunday, July 26, 2009

Daging Hitam Manis

Salam rindu....terima kasih atas kunjungan anda semua. Mintak maaf sekali lagi sebab dah bbrp hari dayang tak sempat nak update apa2 kat sini. Secara ringkasnya, dayang tgh busy dgn kehadiran bapa mertua yang dah 3 hari ada di rumah dayang. sepanjang minggu ni. Petang tadi, ada emergency...hubby, bapa mertua, mak long(mak sedara hubby) dan adik ipar dayang telah bertolak ke Trengganu utk melawat mak Su hubby yang sedang sakit tenat. Dayang nak ikut tapi anak pulak ada exam esoknya. Lagipun, kereta pulak tak muat. Nak carik MPV, x sempat dah. Apa yang mampu dayang lakukan pd saat ni adalah berdoa semoga Mak Su cepat sembuh dari penyakit yang dideritainya selama ini....Amin.

Oklah, ini adalah menu 2 hari lepas. Baru sempat nak tayang. Nak memasaknya memanglah memenatkan, tapi bila dah makan sampai habis, barulah rasa berbaloi sebab bagi dayang, masakan daging hitam manis ni memang sedap dan puas hatilah. Resepinya dayang akan update kemudian yer. Resepi2 yang lepas tu pun tak sempat2 lagi nk taip. Harap bersabar yer puan2/cik2 sekalian... :)

1 comments:

~amy liana8886~ said...

xsabar nk cuba nie..mane resipinyer?