Sunday, July 26, 2009

Ayam Masak Kicap

Menu ayam yang sempat diambik gambarnya semalam.

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng separuh masak)
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1-2 sb kicap pekat
  • 1 sb kicap manis
  • 1 sdt serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 1 sdt stok ayam
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1-2 biji cili padi (diketuk) - optional
  • sedikit daun sup/daun ketumbar
Cara-cara :
  1. Tumbuk atau kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar/tumbuk dan cili kering hingga wangi.
  2. Masukkan kicap pekat dan kicap manis. Masukkan sedikit air. Biarkan mendidih sebentar.
  3. Masukkan stok ayam, lada hitam, dan cili padi. Kacau sebati.
  4. Masukkan ayam dan cili merah. Kacau lagi. Kemudian masukkan bawang besar, daun sup/daun ketumbar dan perasakan dgn garam dan gula(jika perlu).

2 comments:

blogresipi said...

Sedapnye ayam kicap! bersinar sinar lagi ayam tue.

dayang_jack said...

to blogresipi : thank you...hehe. sampai silau mata kan...hihik...