Sunday, May 31, 2009

Ayam Sri Sarawak

Sesekali teringinlah nak rasa masakan mak...apa nak buat, sabar aje lah...mahu x mahu kenalah buat sendiri....ni lah dia satu lagi masakan favorite dayang...ayam masak merah. Time raya, pasti mak x ketinggalan masak ayam ni sb dia tau masakan ni mmg dh menjadi favorite dyg sekeluarga...

Bahan-bahan :
  • 8 ketul ayam (digoreng separuh masak)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • rempah 4 sekawan
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (dikisar)
  • sedikit air asam jawa (jika suka)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • sedikit sos cili dan sos tomato
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau sedikit. Boleh tambah air jika suka. Masukkan ayam dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  4. Hidangkan setelah masak.

No comments: