Friday, April 03, 2009

Kek Coklat Salji (Kukus)

Kek terbaru dariku....sekali imbas mcm Kek Kembang Melati yang dayang post kat myr. Namun, ramuan serta cara penyediaannya x sama. Lagipun, dari segi rasanya mmg berbeza. Ape2pun kedua-duanya sedap dan moist gitu. Tak dapat nak describe in detail mcm mana rasanya...kena buat dan rasa dulu. Barulah dapat komen....hehe.

Mula-mula payah betullah nak carikan nama yang sesuai untuk kek ni. Hampir satu hari dyg memerah otak nk dapatkan nama yang btl2 sesuai. Ah,..posing lah dulu!, fikir dyg. Pose sampai 30 shot. Bila tgk gambar, lapisan putihnya (actually warnanya mcm butter cream) nampak seolah-olah mcm salji. Finally, dyg letak nama Kek Coklat Salji. Cun tak nama ni?..Sesuai tak?...Ok tak?..or any other suggestion?...

Resepinya amatlah simple dan mudah...

Bahan-bahan: (loyang 5" 9" inci)

* 1 1/4 cawan tepung naik sendiri (diayak)
* 4 biji telur A
* 150 g buttercup
* 100 g coklat masakan
* 2 sk browning sugar/gula hitam (optional)
* 1/2 cawan gula halus
* 1/4 cawan susu pekat manis
* 1 sk esen vanilla

Cara-cara :
  1. Cairkan coklat masak bersama browning sugar secara double boil.
  2. Putar butter dan gula sehingga putih dan berkrim.
  3. Masukkan telur sebiji sambil diputar. Kemudian masukkan lagi sebiji. Putar lagi. Ulangi langkah ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung dan kacau rata-rata. Kemudian masukkan esen vanilla.
  6. Ambil 2 cawan adunan td dan campurkan bersama coklat masak yang tlh dicairkan td. Kacau sebati. Untuk adunan putihnya, bahagikan 2.
  7. Sediakan loyang bersesuaian. Lengserkan dgn sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung.
  8. Tuangkan adunan lapisan putihnya terlebih dahulu. Ratakan dgn spatula. Kemudian tuangkan adunan coklat dan tutup dgn lapisan putihnya(nak buat bentuk marble pun ok) Tutupkan loyang dgn kertas foil.
  9. Kukus selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak.
  10. Sejukkan satu hari sebelum dimakan.

2 comments:

Bradpetehoops said...

Those are tasty cakes. I love it!

dayang_jack said...

you should try this one...:)