Tuesday, April 21, 2009

Award From K.Nor

Thank You so much, k.nor. Bestnya dapat award lagi...!

Kek Pisang Bercoklat

Gara-gara nak perhabiskan pisang yg ada, dyg pi lah selongkar dapur k.nor(myr) tgk resepi kek pisang bercoklat dia tu. Teruja juga nak buat sb ada coklat. Sebenarnya dayang dah biasa buat kek pisang(plain) sb kek ni mmg sedap lebih2 lg time ia panas. Anak2 pun suka makan. Rangup je rasanya. So bermulalah projek pd pukul 1 td. Alamak!..terlupa lagi nak beli baking powder. Ahad lepas bukan main lagi beli barang kek tp benda alah tu plak lupa nk masuk dlm list. Finally, dayang hentam sajalah double action tu tp guna 1/2 sdt je lah. Biasanya dayang akan guna butter, tp this time try guna marjerin...mmg best, lembut dan gebu. Thank you, k.nor. Pasti si princess tu seronok lg ptg ni. Yalah, dapat special gift lagi.... :)

Untuk resepi kek pisang bercoklat ni, dayang guna pisang berangan 3 biji. Sayang sb dah terlebih masak. Ingat nak buat cokodok je, tp malaslah nk goreng menggoreng ni...lebih baik buat kek. Dah dilenyek-lenyek, ngam ngam dpat satu cawan. Perfect!. Untuk coklatnya pula, dayang guna coklat masakan tp tak sampai pun 150gm sb hanya ada sedikit shj. Ape2pun, mmg ada kelainan dari segi rasanya. Thank you sekali lagi, k.nor.

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )
  • 250gm mentega/marjerin
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang

Cara-cara :
  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup

Monday, April 20, 2009

Mee Kari Dayang

Dah jemu makan nasik, beralih arah plak dgn menu mee. Kali ni buat mee kari seperti yang diminta oleh princess bbrp hari lepas...hehe. Ni lah makan ptg kami juga merangkap makan malam. Mee kari ni mmg sedap kalau ikut selera tekak ni. Makan berpinggan2 plak tu. Kuahnya yg ada 'ummph' serta tak muak tu lah dayang boleh telan sampai 2-3 mangkuk.

Masa makan tak ingat diet, pendek kata hari ni mmg hari membina badanlah.....hehe. Lepas makan barulah rasa bersalah...uhukk!

Oleh itu, dayang cover dengan Slimming Tea...lega rasanya!

Kawan-kawan yang dikasihi,...jika sudi, cubalah resepi ni. Belum cuba belum tau. Tapi gerenti sedap, InsyaAllah... di sini dayang seikhlas hati kongsikan resepi mee kari buat semua. Selamat Mencuba!

Mee Kari Dayang

Bahan-bahan : 4-5 orang

Bahan A
  • 1/2 kilo mi kuning (dicelur)
  • 4 biji telur rebus (dibelah dua)
  • sedikit sawi (dicelur)
  • sedikit taugeh (dicelur)
  • sedikit daging lembu (direbus dan dihiris nipis)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit daun sup(dihiris)
  • sedikit bawang goreng
  • 1 keping tauhu goreng (dihiris)
  • 2-3 biji limau kasturi - optional
Bahan B (kuah)
  • 300 gm keledek merah (direbus dan dikisar lumat)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar)
  • rempah 4 sekawan
  • 3 sudu makan serbuk kari daging (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 sudu makan tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • 2 sudu makan kerisik (kalau xde kerisik, buatlah sendiri. Ambil 2 sudu besar kelapa parut, pastu goreng tanpa minyak sampai perang. Then, tumbuk lumat. dah siap)
  • 700-800 ml air atau lebih
  • gula dan garam secukupnya
  • minyak masak
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan rempah 4 sekawan diikuti dgn bahan-bahan kisar.
  2. Masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan keledek yg tlh dikisar dan juga air. Kacau sekali sekala dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan tepung gandum, kerisik, garam dan gula. Kacau hingga sebati. (sila tambah air jika perlu)
  5. Apabila sudah masak, biarkan merenih seketika.
Cara hidangan : Sediakan pinggan/mangkuk. Susunkan bahan A dan tuangkan kuahnya.

***mi ni kalau nak rasa keasliannya, tak perlu perah dgn limau kasturi. Sememangnya, dyg x suka pun sb rasanya lebih sedap tanpa limau. Tapi terpulanglah pd selera tekak masing2.

Choc Pudding.....lagi

Taraaaaaa!....buat lagi untuk anak2 manja ni yang suka sangat makan puding coklat.....nasib baiklah bahan-bahan semuanya ada dlm stok. Kalau tak, alamat kempunanlah budak-budak ni terutama yg si montel tu....

Choc puddingku tenggelam di lautan ganache!!...apalagi, seronoklah si princess tu dpt special gift lg lepas balik sekolah petang nanti....

Untuk resepi, boleh klik di sini atau di sini

Nasi Goreng Campur

Bg memenuhi selera makan anak2, buat je lah asalkan habis dan tak membazir. Si prince yg baru berusia 4 thn ni mmg gemar makan nasi goreng. Buatlah ape2 jenis nasi goreng dia akan makan termasuklah nasi goreng campur ni....makan pun bertambah2.

bahan-bahan :
  • 2 pinggan nasi sejuk
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • sedikit isi ayam (dihiris nipis)
  • sedikit udang basah
  • sedikit sayur campur
  • sedikit sawi, kacang buncis dan kobis
  • bawang goreng
  • 1 biji telur (digoreng dan dihiris)
  • sedikit garam dan gula jika perlu
  • minyak masak

Sunday, April 19, 2009

Dapur Bergerak......Pizza

Calling2!!!.....dah sampaiiiiiii!.....bestnya hari ni dapurku tak berasap buat seketika. Bukan terkena jangkitan 'M' tp sekadar ingin berehat sambil2 memanjakan diri kat spa...hehe. Home spa jer....keh!keh!keh!....lepas tu, ptg td plak keluar kejap bawak bwk anak2 jalan-jalan cari barang dapur. Hubby pun ade sekali. Penat gaklah masuk pasaraya ni, very crowded. Anak2 plak buat hal. nak beli itulah, nak beli inilah...nasib baik beli makanan. Kalau beli barang mainan, memang aku x layan....so dipendekkan criter,..balik rumah dlm kul 6. Penat masih x hilang lg tu...si princess tu plak request nk mintak dyg masakkan lauk ayam. Nasib baiklah hubby faham keadaanku ini...so die panggil dapur bergerak jer anta makanan....nilah makan malam kami tadi. Agak lama juga x menjamah pizza hut ni bertahun2 gak tu... Sesekali teringin gak nk merasa. Secara x langsung dpt meringankan sikit penat yang ade ni....sorry guys! hari ni btl2 dyg x larat nk bersilat kat dapur...esok jerlah yer....jom kita layan pizza ni...hehe. Gambar2 pizza yg sempat dyg ambik sebelum habis dingap....

Chicken Viva

Beef Viva

Seafood Viva

Saturday, April 18, 2009

Sambal Telur Kacau

Hari ni tak taulah nape payah betul nak makan padahal lauk dah masak. Cuma tekak ni jer yg tiba2 jd cerewet plak...finally, dyg dapat idea mcm mana nak naikkan selera...inilah dia...Sambal Telur Kacau....waduh3! enak bangat! makan dgn nasi panas lagi tuh...budak-budak dah makan nasi goreng dan ayam bakar...ok la tu....

Sambal Telur Kacau

Bahan-bahan :
  • 3 biji telur
  • 1-2 sudu makan cili kisar
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • sedikit lada sulah
  • sedikit garam
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Satukan telur dgn garam dan lada sulah di dalam satu bekas dan pukul sedikit.
  2. Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan cili kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan bawang besar.
  4. Akhir sekali masukkan telur sambil dikacau hingga masak.
  5. Hidangkan dgn nasi panas. Sedap!!!

Friday, April 17, 2009

Acar Berempah Ikan Tenggiri

Sesekali makan acar ikan mmg menyelerakan lbh2 lg dapat ikan tenggiri segar. Tak sedar nasi bertambah-tambah. Alahai...lepas ni nak kena dietlah. Terasa berat sangat badan ni...hehe...

Resepi mengikut selera tekak. Jom kita masak!!.... :)

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ikan tenggiri (dibersihkan, dipotong, diperap kunyit & garam dan digoreng)
  • 5 biji bawang merah*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1 sudu makan ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
  • 1 sk jintan manis*
  • 1 sk jintan putih*
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 2 biji cili merah*
  • 1/3 cawan cuka
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sudu makan sos cili dan sos tomato
  • 3 sudu makan rempah kurma (dibancuh dgn sedikit air)
  • sedikit garam
  • gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • air secukupnya
  • minyak masak
Cara-cara :
  1. Kisar bahan-bahan bertanda *. Panaskan minyak di dalam kuali/periuk (lebihkan minyak masak). Tumis bahan-bahan kisar, serbuk kunyit dan ketumbar sehingga terbit bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tunggu sampai pecah minyak. Masukkan rempah kurma. Bila agak kering, masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan cuka, sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian masukkan ikan dan bawang besar. Masak hingga kering. Akhir sekali masukkan tomato.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Kerabu Mangga

Malam td hubby belikan mangga 3 kilo dgn harga rm3 dr kedai mamak. Dayang x pastilah ler nama mangga masam ni, yang kecik2 mcm buah kedondong. Semuanya dah masak tp rasanya tetap masam. Mmg sesuai utk buat sambal/kerabu mangga atau rojak.

Jadi, lunch tadi apalagi,..layan jer kerabu mangga ni....enak bangat!!

Bahan-bahan :
  • 3 biji mangga masam (dihiris)
  • 2 biji cili merah
  • 4 biji cili api
  • sedikit belacan bakar
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara : Tumbuk cili, garam dan belacan. Gaulkan bersama mangga dan gula. Hidangkan.

Thursday, April 16, 2009

Choc Bread Pudding

Dessert favorite buat si princess....kali ni buat 2 in 1. Biasanya dyg buat choc pudding atau bread pudding. Oleh kerana dia demand mcm2 segala puding hr ni, so, datanglah idea kreatif spontan ni walaupun virus M sentiasa membelenggu diriku. Nak permudahkan kerja, dyg gabungkan puding coklat dgn puding roti dgn segala stok yg ada. Balik sekolah, apalagi si princess, excited sungguh apabila dapat hadiah 'special' ni....hehe.


Choc Bread Pudding

Bahan A:
  • 6 keping roti sandwich (dipotong kecil2)
  • 2 biji telur A
  • 3 sudu besar gula aising
  • 1/2 cawan susu cair
Cara-cara : Sediakan pengukus dan panaskan. Lengserkan loyang dgn mentega. Pukul telur bersama gula aising selama 2-3 minit. Masukkan susu cair dan roti. Kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 10-15 minit shj. Setelah masak, ketepikan.

Bahan B :
  • 7 gm agar-agar
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 400 ml air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 sudu besar serbuk coklat
Cara-cara : Didihkan air bersama agar-agar dan gula. Kacau sehingga hancur. Masukkan susu cair dan serbuk coklat. Kacau lagi dgn api kecil. Tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang tadi. Sejukkan sebelum dipotong.


Lala Masak Merah

hihik...pasti ade yg tertanya2 'dayang x n3 ker ari ni?'...kalau tgk kat visitor counter tu, ramai gak yang skodeng dapur ni kot2 ade new entry... :D ... ade ni. Cuma lambat sikit. Macam-macam benda nak bereskan ari ni. Semuanya pasal makan si princess. Dia nak dayang buatkan roti pudinglah, kek batiklah, puding coklatlah, itulah, inilah...alahai...mcm manalah dayang nak off memasak? u tell me??.........haa, lala ni pulak one of her favorites. Semalam die dh nampak ayah die beli. So, kena masak benda alah ni ari ni sblm dia balik dr sekolah. Ok jer laah....

Bahan-bahan :
  • 1/2 kilo lala (dibersihkan)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 2-3 sb cili kering kisar/cili giling
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit daun sup (dihiris)
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis.
  3. Masukkan lala dan sedikit air. Kacau rata2.
  4. Masukkan garam, gula, asam gelugur, cili merah dan daun sup.
  5. Hidangkan sesudah masak.

Wednesday, April 15, 2009

Ayam Goreng Berempah II


Ni pulak sajian utk anak2. Tak jadi buat berlada hitam. Next time. So, buat berempah cara lain pulak. Makan dgn nasi putih dan sayur bayam rebus. Ok la tu....

Sebelum tu, ayam ni kena perap dulu sblm digoreng. Barulah terasa rempahnya.


Ayam Goreng Berempah II


Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam saiz L (dipotong bbp ketul)
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan serbuk kari ayam
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk lada sulah
  • 1 sk serbuk paprika
  • 1 biji telur
  • 2 sb air sejuk
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • garam secukupnya
Cara-cara : Perapkan ayam bersama semua bahan di atas selama 1 jam atau lebih di dalam peti sejuk. Gorengkan sehingga masak keemasan.

Sup Tulang

Hari ni xde seleralah nak makan nasi. Jadi, dayang makan sup tulang jer. Buat pedas dan masam2 sikit. Lega rasanya....Tulang lembu ni banyak isi. Berbaloilah masak lama.

Bahan-bahan : Tulang lembu, bwg merah, bwg putih, halia, perencah sup, cili api, bwg besar, rempah 4 sekawan, daun sup, bawang goreng, garam, gula, air dan jus limau nipis.

Tuesday, April 14, 2009

Ikan Asam Pedas Sarawak

Lauk ikan kembung yg ringkas, mudah dan cepat. Oleh kerana terung asam belum dapat lagi, maka dayang gantikan dgn nanas masam. Rasanya lebih kurang samalah tu. Yang bestnya, masakan ini tidak perlu ditumis atau menggunakan minyak masak. Sebaliknya, ia hanya direbus /stim sahaja. Memang sedap kalau ikut selera tekak ni, pekena dgn sambal belacan, lagilah bertambah2 selera....

Dayang prefer guna ikan kembung saiz S atau M berbanding saiz L atau XL. Bukan apa, cuma bg dyg kembung kecik ni lbh sedap dp kembung besar lbh2 lg kalau dibuat asam pedas. Tapi terpulanglah pd selera tekak masing2.

Bahan-bahan :
  • 6-8 ekor ikan kembung kecil (direndam dgn air limau dan kemudian dicuci serta ditoskan)
  • 2 sudu makan cili kering yang tlh dikisar
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci belacan (ditumbuk) - optional
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 liter air
  • sedikit nanas mentah/masam (dipotong ikut suka)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Didihkan air di dalam periuk.
  2. Masukkan serai, bahan-bahan tumbuk, cili kering dan serbuk kunyit. Kacau sekali sekala sehingga menggelegak.
  3. Masukkan nanas. Kemudian barulah dimasukkan ikan, garam, gula dan asam keping. Ikan tidak perlu dimasak lama. Cukuplah seminit dua. Tutup api dan tutupkan periuk. Biarkan ia merenih sebelum dihidangkan.
**Masakan ni juga sesuai untuk kanak2 sb ia x pedas sangat. Tapi kalau nk lebihkan pedasnya, boleh tambah cili kering atau cili padi.

Monday, April 13, 2009

Tauhu Kukus dengan Sambal Udang Kering

Lagi satu menu utk hari ni....buat 2 keping tauhu. Sedap dimakan samada dgn nasi panas ataupun main ratah je. Dayang memang penggemar tauhu, jd takde masalah jika tauhu dimasak dgn cara apa sekalipun.

Tauhu Kukus dengan Sambal Udang Kering

Bahan-bahan :
  • 2 keping tauhu basah/lembut (dipotong ikut suka)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • segenggam udang kering (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit minyak masak
Cara-cara :
  1. Kukus tauhu selama 7-8 minit.
  2. Sediakan kuali. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan pula cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
  4. Susunkan tauhu di atas pinggan. Tuangkan sambal td diatasnya dan taburkan udang kering.

Pajeri Nanas

Salah satu sajian untuk hari ini yang agak lama juga dayang tak masak. Kalau dapat nanas Sarawak lagilah best. Tapi kalau kat kampung, tak perlulah nak beli sebab ayah mmg ada tanam nanas. Kebunnya agak luas juga. Kadang-kadang ada orang mintak, kadang-kadang orang beli, kadang-kadang ada orang curi.....begitulah lumrah kehidupan...:)

Pajeri Nanas

Bahan-bahan :
  • 1/2 biji nanas saiz sederhana (dipotong ikut suka)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu makan udang kering (ditumbuk)
  • 3 sudu besar serbuk kari ayam/daging Adabi (brand lain pun ok - dijadikan pes)
  • rempah 4 sekawan (cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 4 sudu besar pati santan
  • air secukupnya
  • garam dan gula
  • minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis rempah diikuti bahan-bahan kisar dan udang kering. Tumis hingga terbit bau.
  2. Masukkan pes kari dan kacau sekali sekala hingga pecah minyak.
  3. Masukkan nanas. Kacau. Masukkan air secukupnya. Biarkan merendidih seketika.
  4. Masukkan santan, kerisik, garam dan gula. Lebihkan sedikit gula.

Sunday, April 12, 2009

Kacang Panjang Goreng

Masak simple jer hari ni.....sayur kacang panjang, buat kari ayam sikit atas permintaan princess, goreng ikan puyu pekasam dan sambal belacan.

Kacang Panjang Goreng
Bahan-bahan :

  • 6-7 batang kacang panjang
  • 4 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • segenggam udang kering*
  • 2 batang cili merah*
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bahan kisar td hingga wangi.
  3. Masukkan serbuk kunyit dan kacau lagi.
  4. Masukkan kacang panjang, sos tiram dan bawang besar. Kacau hingga masak.

Saturday, April 11, 2009

Kari Kepala Ikan

Dapurku berasap lagiii.....menu utk hari ini ialah kari kepala ikan. Masakan ni mmg dah biasa org masak. Kat mana-mana pun even kat Sarawak, hampir setiap minggu mak masakkan lauk ni. Memang sedap. Cuma kalau ikut versi sendiri, dayang x bubuh santan. Sebaliknya, add 2-3 sb susu cair je.

Bahan-bahan :
  • 500 g kepala ikan (dayang guna ikan jenahak seberat 700 g)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 biji bawg putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 1 sudu makan halba campur
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan (dibancuh dgn sedikit air)
  • daun kari
  • sedikit susu cair
  • air secukupnya
  • bendi
  • sedikit perahan asam jawa
  • gula dan garam
  • Lain2 hiasan; tomato dan cili merah
  • minyak masak
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali/periuk besar. Masukkan daun kari dan halba campur. Kemudian tumiskan bahan2 kisar dan cili kering hingga terbit bau.
  2. Masukkan serbuk kari ikan dan kacau sekali sekala sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih seketika barulah dimasukkan kepala ikan.
  4. Setelah separuh masak, masukkan bendi, susu cair, air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Tambah air jika perlu.

Friday, April 10, 2009

Kek Mentega

Alhamdulillah....jadi jugak kek kamikaze nih!...yang bestnya si prince yg x brp gemar makan kek jadi addict pulak makan kek mentega ni. Memang miracle!...agaknya kek ni mmg kena dgn taste die la tu....last time dayang buat kek ni masa Form 5...huhu...that was long time ago...resepinya ingat-ingat lupe lak tu...dah lama gak sebenarnya nk buat kek ni tp tu lah, malas tak leh nak cakap...

Kali ni buat resepi ikut stok yg ada. Yang tak bestnya, baking powder plak expired. Bukan itu shj, tepung naik sendiri pun dah out of stock. Macam mana tu?...Ah, biarlah!...to be or not to be...buat dan guna tepung gandum biasa je ... tu la dikatakan 'kamikaze'... :D....ape yang penting, masa nak pukul gula dan mentega, biar betul2 kembang, gebu dan putih. InsyaAllah, kek akan naik gak walaupun tanpa bahan penaik. Dalam kes ni, dayang hanya add 1 sk soda of bicarbonate sebagai pengganti baking powder walaupun fungsinya sedikit berbeza.

Bahan-bahan: utk loyang 8 inci
  • 2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 4 biji telur A (pd suhu bilik)
  • 250 g mentega (pd suhu bilik)
  • 1 cawan gula halus (boleh guna 3/4 cawan jika suka)
  • 120 ml air panas
  • 1 titik pewarna kuning - jika suka
  • 1 sk esen vanilla - jika suka
Cara-cara :
  • Panaskan oven pd suhu 170-180C. Lengserkan loyang pembakar dgn mentega dan taburkan sedikit tepung.
  • Pukul mentega bersama gula hingga putih dan gebu.
  • Masukan telur diselang selikan dgn tepung sambil diputar perlahan.
  • Masukkan air panas dan kacau sebati.
  • Masukkan pewarna kuning dan esen vanilla. Kacau sebati.
  • Tuangkan adunan di dlm loyang pembakar dan bakar selama 35-40 minit (ikut kepanasan oven masing2)
  • Setelah masak, sejukkan kek semalaman(pd suhu bilik).
  • Kek ini lembut dan gebu.
****tip nak hilangkan bau hanyir telur pd kek: sebelum diadun, pecahkan telur, buangkan bendalir/tali pusat yang berwarna putih pekat. Selamat mencuba!

Tom Yum Kung

Entah kenapelah tekak ni terasa nk makan yang masam-masam...nak tunggu terung asam tu plak x kunjung2 tiba...oh kakakku!, cepatlah poss!!!

Akhirnyaaa.....layan jer sup udang ni. Resepi ikut selera tekak. bBiasanya dayang akan add sedikit susu cair tp ape2pun rasanya memang best!
Bahan-bahan:
  • 6 ekor udang galah saiz L/XL
  • sedikit lengkuas (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 biji bawang putih (diketuk)
  • 4 biji cili padi (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu makan pes tomyam
  • jus limau nipis
  • garam secukupnya
Cara-cara : Panaskan air hingga mendidih. Masukkan pes tomyam, serai, lengkuas, bawang putih, sos ikan dan daun limau purut. Kemudian masukkan udang, cili padi, dan jus limau. Perasakan dgn garam.

Sayur Lemak Campur

Sesekali makan sayur campur ni dgn ikan goreng, memang best sangat2. Bahan-bahannya terdiri dp sawi, taugeh, karot, brokoli, kobis, bunga kobis, buncis, bawang putih, bawang merah, udang kering, serbuk kunyit, garam dan santan rendah lemak. Tapi yang paling sedap ialah dapat makan dgn ikan bilis halus colek tempoyak....lagilah mengancam!...

Tempoyak ni tempoyak fresh. Hubby beli 3 hr lepas. Tapi tawarlah. Memang mcmtu ke? ..Sebenarnya selama ni, dayang hanya buat sendiri jer. Tak pernah beli pun yg dh siap. So, dayang modified dgn menambah sedikit garam. Pas tu tumbuk sikit dgn cili merah dan cili api. Jadilah tempoyak mengancam... :)

Ikan Goreng

Bahan-bahan:
  • 6-8 ekor ikan kembung kecil (dibersihkan)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • garam secukupnya
Cara-cara : Perap ikan bersama semua bahan di atas selama 10 minit. Kemudian goreng hingga masak.

Thursday, April 09, 2009

Nasi Claypot

Sajian 'last minute' untuk malam ni. Sementara nak tunggu sejuk, pose skjp. Ni yang dpt n3 lg. Kalau ikutkan betapa malasnya hari ni.... vitamin R pun x berkesan.... Oleh kerana teringin sgt nk makan nasi dlm claypot, buat je lah... :)

Bahan-bahan ringkas dan mudah je. Guna ape yg ade dlm stok: ikan tenggiri masin(digoreng), lebihan ayam panggang, daun ketumbar, daun sup, daun bawang, kicap, sos tiram, cili api, cili merah, kicap manis, bwg2 dan halia. Cendawan xde. Janji sedap....kenyang!

Cara2nya ringkas shj ikut versi sendiri : Tumbuk bwg merah, bwg putih dan halia. Kemudian tumis hingga naik bau. Masukkan ayam panggang td dan sedikit sos tiram serta kicap. Gaulkan. Sediakan belanga tanah liat/claypot. Masukkan kesemua bahan termasuk ikan masin. Masukkan nasi yg sudah dijerang ke dlm claypot. Gaulkan. Tutupkan. Kemudian, panaskan 5-7 minit. Setelah sempurna masak, taburkan daun bawang/sup/ketumbar, bawang goreng, cili merah dan cili api.

Wednesday, April 08, 2009

Manok Panggang/Ayam Panggang Sarawak

Laukku sudah masak....ayam lagiiik!...yaaahuuu!!!! kali ni masak Manok Panggang dgn sambal cabik (Ayam Panggang dan Sambal Cili). Masakan Bumi Kenyalang yang teramat-amat kurindui!!.....

Ayam ni saiznya agak besar. Jadi, dayang potonglah brp2 yang patut kecuali bahagian kepaknya. Dayang hanya makan kepak je, bahagian lain tak pernah sentuh pun. Kalau hubby beli chicken wings...alangkah happynya..hehe. Takdelah berebut2 dgn bdk2.......Alamak, kantoi!! :D

Resepinya very simple dan sedap lebih2 lagi cecah ngan sambal cili.......yummyyyy!!!...Jemput makan semua!! :)

Bahan-bahan :
Bahan Perap :
  • 8 ketul ayam saiz L @ XL (dibersihkan)
  • 1 sudu makan ketumbar (disangai)*
  • 1/2 sudu makan jintan putih (disangai)*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • sedikit garam
  • gula merah/gula melaka/ brown sugar dan garam secukupnya
Cara-cara : Tumbuk/kisar bahan-bahan bertanda *. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap semalaman. Sebelum dibakar/panggang, gaulkan ayam bersama 2 sudu makan minyak zaitun, jika suka. Sekiranya menggunakan oven, bakar/panggang pd suhu 190-200C selama 1 jam(bergantung pd jenis oven, kena adjust sendiri). Terbalikkan ayam 1/2 jam sebelum masak.

Sambal Cili :
  • 3-4 sudu besar cili kering kisar (anggaran)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • air asam jawa (ikut sukatan sendiri)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara : Satukan semua bahan di dalam periuk. Didihkan seketika dan kacau sekali sekala selama 3-5 minit. (sambal ni dlm versi dayang, kalau ikut yang original, sambal cili ni x payah dimasak)

Tip : Penggunaan minyak zaitun samada cara sapuan atau digaul terus bersama ayam akan memberi kilatan dan warna yg cantik pd kulitnya semasa dipanggang/dibakar.

Tuesday, April 07, 2009

Umai Udang

Projek udang lepas sotong....kali ni buat umai pulak. O ya, sebelum tu, ni nak cerita serba sedikit ttg the origin of umai. Sebenarnya, ada banyak makna di sebalik perkataan 'umai' atau 'umay' bg sebutan masyarakat Sarawak. Dlm bhs Jepun, contohnya 'umai' if i'm not mistaken bermaksud 'skill', 'clever' atau 'kemahiran'. In food references pulak bermaksud 'sedap', 'delicious' atau 'yummy'. In conclusion, umai bermaksud 'sedap' atau 'lazat'. Bagi kaum Melanau di Bumi Kenyalang, umai merupakan makanan traditional bg kaum2 nelayan selepas penat lelah menangkap ikan, khususnya utk makan tengahari. Bahan-bahannya yang paling utama ialah terdiri dp ikan (thin sliced), jus limau, bawang, dan cili. Ikan yang paling popular ialah ikan merah, ikan pirang dsb. Caranya mudah shj. Ikan yg tlh dihiris nipis2 itu diperah dgn lemon/limau dan diperap bersama bawang dsb. Ikan akan masak sendiri dan tak perlu dimasak atas dapur. Memang sedap dan tak hanyir.

Sesiapa yg belum pernah lagi mencuba masakan umai ni, cubalah sekali sekala. Selain dp ikan, sotong dan udang pun amat sesuai dimasak cara umai. Dulu, kali pertama dayang diperkenalkan masakan umai oleh bapa & bapa saudara. Pada mulanya dayang tak confident boleh makan ke tak. Yalah, seumur hidup tak pernah makan ikan mentah mcm ni, apatah lagi udang...eeee, tak sanggup rasanya. Tapi, setelah melihat kakak makan umai siap main ratah lagi tu, terasa nak juga cuba. Finally, dayang cuba. YUMMY!!!!!...that was my first word...terus fall in love. Rasanya lebih kurang kerabu udang. Takde bau hanyir langsung. Memang best!!

Udang ni kena hiris dulu sebelum diperap. Nak hiris memanjang pun boleh. Ikut suka.

Ni pulak bahan2 segala bagai utk memasak udang. Ehem, ni versi dayang tau...tapi x lari dp masakan umai.

Haa, ..tu diaa....dah siap. Oopps!...jangan makan dulu. Perap lbh kurang 1 jam kat dlm peti sejuk,...barulah btl2 masak.

Bahan-bahan ( 1-2 orang )

* 5 ekor udang saiz L (dibuang kulit, dicuci dan dihiris)
* 3 ulas bawang merah*
* 2 ulas bawang putih*
* 1 inci halia*
* 1/2 inci belacan*
* 1 biji cili merah*
* 1 biji bawang besar (dimayang)
* 3 biji cili api (dihiris) - optional
* 1 sudu mkn kacang tanah (yg tlh digoreng dan dikisar)
* 1 sudu makan cuka
* 5 biji limau kasturi (ambil jusnya)
* sedikit garam dan gula
* utk hiasan(jika suka) : daun kunyit, daun sup, daun ketumbar, hirisan serai.

Cara-cara :
  1. Perapkan udang bersama perahan limau dan garam di dlm satu bekas/mangkuk dan biarkan seketika.
  2. Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat. (cili merah boleh ditumbuk atau dihiris shj)
  3. Masukkan bahan * dan kesemua bahan yg selebihnya ke dlm bekas/mangkuk perapan udang td. Gaul sampai sebati.
  4. Perapkan di dlm peti sejuk sekurang2nya 1 jam ( udang tersebut akan masak sendiri setelah dicampurkan dgn bahan2 td)
  5. Hidangkan dgn nasi panas. Memang sedap.