Monday, March 30, 2009

Sate Goreng, Nasi Himpit dan Kuah Kacang

Menu sarapan pagi merangkap tengahari atas permintaan princess. Nasi impit kena rebus banyak sebab kalau sebungkus jer x cukup untuk die sorang. Just imagine, berat die(baru darjah 1) dah nak hampir sama dgn berat dayang...huhu..now u know how big she is. Sebab tu la kat rumah ni kalau xde makanan dalam satu hari, die akan memberontak kebuluran...hehe. What to do......Anyway, nasi himpit ni mmg sesuailah kalau digandingkan dgn sate. Oleh kerana mood rajin ni ade, dayang buatlah sate goreng sikit (guna daging dan ayam). Biasanya dayang akan buat time raya jer. Tapi hari ni rasa teringin sgt nk makan esp sate daging. Emmm....sedaap!

Bahan-bahan untuk Sate:
  • 1/2 kilo daging/isi ayam (dipotong/dihiris kecil2)
  • 7 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 6 batang serai*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 sudu besar ketumbar *
  • 1/2 sudu besar jintan manis*
  • 1/2 sudu besar jintan putih*
  • 3 sudu besar gula merah/brown sugar
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar air asam jawa
Cara-cara : Kisar kasar bahan-bahan yang bertanda *. Gaulkan bersama ayam/daging dan bahan-bahan selebihnya. Perap semalaman. Kemudian goreng(deep frying) dgn api sederhana. (jgn menggoreng daging terlalu lama kerana boleh menyebabkan ia menjadi liat).

Bahan-bahan: Untuk Kuah
  • Kacang tanah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Serai
  • Halia
  • Udang Kering
  • Gula melaka & gula pasir
  • Garam
  • Sedikit susu cair
Hidangkan bersama nasi himpit, timun dsb.

No comments: