Thursday, February 12, 2009

Cantik, Sihat, Cergas

Info ringkas tentang kesihatan dan kecantikan (sumber dari Majalah Rapi) yang ingin dikongsikan bersama.....


Makanan Segera Sedap Tapi Bahaya

"Malasnya nak masak hari ni! Jom beli burger di restoran makanan segera jelah", itulah penyelesaian paling mudah yang boleh diambil sekiranya malas untuk memasak. Kita juga lebih terdorong untuk memakan makanan segera sekiranya terlalu sibuk menyelesaikan tugasan di pejabat. Rasa tertekan juga biasanya diubati dengan mengunyah burger atau kentang goreng. Telah nyata, makanan ringan banyak membantu. Namun harus diingatkan, ia turut memberi impak negatif kepada kesihatan kita. Ikuti panduan ini yang menujukkan kadar kandungan zat yang terdapat dalam makanan segera kegemaran anda!

BAHAYA

Penggunaan bahan pengawet dalam makanan segera banyak memberi kesan buruk terhadap kesihatan kita. Makanan segera menggunakan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi kerana ia diproses dan diawet untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa. Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti:

a) Kerosakan gigi
b) Sembelit
c) Tekanan darah tinggi
d) Pembuluh darah tersumbat
e) Obesiti
f) Kenaikan tahap kolesterol

Jenis makanan: Burger daging (1/2 paun)
Kandungan sebenar: Ia mengandungi 2 auns lemak tulen. Turut membekalkan protein, zat besi, dan vitamin B12. Kandungan serat yang sedikit tetapi banyak bahan penambah kimia.

Jenis makanan: Ayam Goreng
Kandungan Sebenar: Tinggi kandungan lemak (60 peratus kalori diperolehi dari lemak). Kandungan garamnya juga tinggi. Namun ia turut membekalkan protein, niasin, dan vitamin B6. Tepung yang dijadikan bahan salutannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Jenis makanan: Susu Kocak
Kandungan sebenar: 5 aun susu dalam 10 aun minuman ini telah bercampur dengan udara dan air. Proses menghasilkan susu kocak memerlukan bahan pekatan kimia, penstabil, dan pengawet. Ia turut mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu kaya dengan kalsium dan protein, tetapi kandungan gula dalam susu kocak adalah sebanyak lapan sudu teh gula bagi bekas bersaiz sederhana.

Jenis makanan: Kentang Goreng
Kandungan sebenar: Seperti yang diketahui ramai, ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Keburukan makanan ini adalah ia mengandungi lemak dan kandungan garam yang tinggi. Warna keemasannya pula disebabkan penggunaan warna tiruan.

Jenis makanan: Minuman Cola
Kandungan sebenar: Kaya dengan kandungan gula (sebuah bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula), pewarna kimia dan kafein. Minuman ini tidak mempunyai sebarang zat.



Alamak! Badan Gemuk Kerana Suami?

Kata orang, cinta itu tidak mengenal usia. Tidak juga dibataskan dengan paras rupa. Andai cinta sudah menebal, yang molek sahaja disaji mata. Mungkin inilah yang dikatakan cinta itu buta! Namun, andai cinta itu menjadi punca kesihatan dan penampilan diri diabaikan, rasanya sudah tiba masa untuk anda sedar daripada lamunan cinta itu.

Mungkin bagi pasangan yang baru berkahwin, pelbagai persediaan telah dilakukan. banyak perkara yang perlu difikirkan seperti berkongsi rumah, kereta dan mungkin kewangan. Ya, sememangnya perkahwinan itu adalah
perkongsian hidup. bagaimanapun, harus diingatkan bahawa tidak semua perkara perlu dikongsi bersama lebih-lebih lagi jika ia menyentuh soal makan. Di awal perkahwinan, ada sebahagian pasangan yang menghadapi kesukaran dalam menentukan pilihan tempat makan (sama ada di rumah atau di luar), apakah hidangan yang perlu disediakan (nasi campur atau hidangan barat) dan apakah kaedah masakan (memanggang atau menggoreng).

Kajian yang dilakukan di british menunjukkan golongan suri rumah merupakan pihak yang lazimnya akan
berkompromi bagi memenuhi tabiat makan si suami. Kesan daripada hal ini adalah mereka turut sama
mengalami peningkatan berat badan. Penulis bersama buku berjudul ‘Your Diet is Driving Me Crazy’, Cynthia Sass, menjelaskan terdapat empat jenis konflik makanan yang biasa dihadapi. Turut dikongsikan bersama adalah nasihat bagaimana untuk mengekalkan hubungan perkahwinan yang harmoni dan pada masa yang sama dapat menjaga berat badan dengan berkesan.


KONFLIK 1 :
Suami boleh makan apa jua yang diinginkannya tanpa pertambahan berat badan. Sementara anda pula terpaksa menjaga kalori pada makanan yang diambil sekerap yang mungkin untuk mengekalkan bentuk badan yang langsing.

BAGAIMANA CARA MENGHADAPINYA?
Apabila anda mulai berasa cemburu dengan suami anda tentang berat badannya yang tidak bertambah, segeralah mengingatkan diri bahawa dia tidak bertujuan untuk menyakitkan hati anda. Suka membandingkan diri dengan orang lain sememangnya merupakan sikap semula jadi manusia. Pun begitu, ketahuilah bahawa
lelaki biasanya memerlukan 20% hingga 30% lebih banyak kalori berbanding wanita bagi memastikan badan mereka sentiasa sihat dan bertenaga. Sekiranya konflik ini masih menghantui anda, mintalah suami anda agar tidak makan di hadapan anda.

KONFLIK 2 : Suami anda pulang lewat dari pejabat dan meminta agar anda menemaninya makan malam
sekembalinya dia ke rumah. anda pula berasa lapar dan tidak mampu menunggunya. Justeru akhirnya, anda makan dua kali pada malam itu.

BAGAIMANA CARA MENGHADAPINYA?
Kebanyakan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga beranggapan bahawa menikmati makan malam bersama adalah petanda bahawa hubungan yang terjalin berjalan dengan lancar. Memandangkan masa untuk berdua-duaan adalah lebih penting berbanding makanan, anda boleh membahagikan hidangan makan
malam anda kepada dua di mana bahagian yang pertama (hidangan berat) dimakan terlebih dahulu iaitu ketika lapar, manakala bahagian kedua pula (hidangan ringan) dimakan kemudian bersama suami apabila dia pulang ke rumah nanti.





Melulur : Lakukan Bersama Kulit Berseri Hati Bahagia

Berkunjung ke SPA sememangnya menjadi impian setiap wanita. Apatah lagi jika suami yang membawa. Di situlah tempatnya untuk dibelai dan merehatkan diri selepas diri kelesuan dengan bebanan kerja yang bertimbun. Tetapi, apa kata anda bawa ‘spa ke rumah’, tentu sahaja suami anda pula yang akan melompat kegirangan. Bukankah lebih romantis melakukan aktiviti melulur badan misalnya bersama suami, di rumah sendiri pula. Hanya anda berdua, modal pun tak tinggi. RAPI telah menyediakan beberapa tip melulur yang efektif untuk anda jadikan panduan untuk bermesra dengan suami sempena Hari Kekasih kali ini!

Pentingnya Lulur Badan...

Dalam kecantikan, melulur atau skrub didefinisikan sebagai aktiviti membuang sisa kulit mati, membersihkan sisa kotoran pada pori-pori terbuka, mengekalkan kesegaran dan keremajaan kulit ser ta meningkatkan kesihatan dari dalam. Malahan, menurut pakar kulit dari universiti british Columbia, Prof. Dr. Jason rivers, amalan melulur badan bukan sahaja untuk membuang sel kulit mati namun ia membantu proses peredaran darah. Tidak boleh dinafikan lagi, melulur amat penting untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa dalam tempoh dua atau tiga minggu, akan berlaku per tumbuhan sel kulit yang baru di seluruh tubuh kita. Namun, pertumbuhan itu sering kali terganggu kerana kita tidak membuang sisa kulit mati pada tubuh kita terlebih dahulu. akhirnya, kulit akan menjadi tidak bermaya, kusam, dan kotor. itu sebabnya kita sering keletihan kerana penghasilan kulit baru yang sihat telah terbantut dek sikap kita yang malas melulur! Sekurang-kurangnya, skrub wajah dan tubuh anda seminggu sekali.

Kenapa Perlu?

Ada sesetengah orang yang memandang ringan akan kepentingan melulur wajah dan tubuh. bagi mereka, tiada apa pun yang berbeza jika mereka melulur atau tidak. Kesan negatif tidak akan kelihatan dalam tempoh sehari, seminggu atau sebulan. Kelak, apabila kedut-kedut hodoh mulai timbul dan anda kelihatan seperti ‘hantu’, jangan menyesal pula ya? ada baiknya anda mula melulur sekarang kerana...

1. Tak Cukuplah!
Jika setakat mencuci muka menggunakan pembersih wajah biasa, jangan terlalu yakin yang ia telah member-sih secara menyeluruh. Pembersih wajah hanya membersihkan muka anda secara luaran sahaja dan bukannya menyeluruh. Tak percaya? apa kata anda cuci muka menggunakan pembersih wajah dan kemu-dian lapkan muka anda menggunakan kapas dan make up remover. anda akan mendapati masih terdapat sisa solekan pada wajah anda. Tambahan pula, pembersih wajah bertindak untuk membersihkan wajah anda
sahaja dan bukannya membuang sisa kulit mati.

2. Boleh Buat Sendiri....
Dengan modal minimum, anda mampu melakukan aktiviti melulur sendiri di rumah, Terdapat banyak produk melulur di pasaran dengan pelbagai fungsi. Pilih saja yang mana anda mahu, dan lakukannya secara berdisiplin. Kesannya akan anda nikmati sepanjang hayat.

3. Cegah hidrasi
lembapkan kulit Selepas anda melulur wajah dan tubuh anda, sapukan pelembap atau losyen badan. Poripori
yang terbuka selepas anda melulur akan memudahkan pelembap atau losyen meresap pada wajah dan tubuh anda. Proses ini akan melembap secara mendalam dan membantu kulit untuk menjadi lebih licin, lembut, dan tidak kering.

4 .Cantik semuanya...
Melulur tidak terhad pada wajah sahaja. untuk kesan lebih baik, anda dinasihatkan untuk melulur seluruh wajah dan tubuh. ini kerana, sel kulit mati bukan sahaja terdapat pada wajah bahkan pada badan kita juga. untuk kesihatan kulit yang berkekalan, skrub wajah dan badan anda seminggu sekali.

http://www.karangkraf.com.my/e-majalah/rapi/default.asp?categories=RAPI9

No comments: